Selasa, 29 November 2011 tempoh hari, saya bersama-sama dengan lebih kurang 1,000 peguam dan orang awam berarak ke Parlimen. Perarakan tersebut dikenali sebagai Walk For Freedom untuk membantah Rang Undang-undang Perhimpunan Awam 2011 yang telah dibentangkan di Dewan Rakyat (PA2011).
Perarakan itu bermula dari pintu masuk Kelab Taman Perdana Diraja dan berakhir di Parlimen. Perarakan itu dipelopori Majlis Peguam dan diketuai Presiden Badan Peguam, saudara Lim Chee Wee. Ketika di Parlimen, Majlis Peguam menyerahkan memorandum dan rang undang-undang alternatif yang dirangka oleh Majlis Peguam kepada Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk V K Liew.
Kausa kami adalah PA2011. Pada kami, PA2011 penuh dengan cacat dan cela. Ia tidak dirangka dengan teliti dan ada begitu banyak percanggahan dan kekhilafan. Ia juga mempunyai peruntukan yang lebih regresif berbanding undang-undang sedia ada.
Antara kelemahan PA2011 adalah berkenaan dengan ‘protes jalanan’ yang tidak dibenarkan sama sekali. Definisi ‘protes jalanan’ begitu luas sehinggakan apa-apa jenis perhimpunan bergerak atau perarakan boleh diklasifikasikan sebagai ‘protes jalanan’.
Di samping itu, terdapat juga larangan yang tidak masuk akal. Contohnya, PA2011 memperuntukkan beberapa tempat larangan berhimpun, antaranya, sekolah dan tempat ibadat. Seseorang itu melakukan kesalahan sekiranya dia menganjurkan atau menyertai perhimpunan di tempat larangan.
Oleh itu, mengikut PA2011, adalah menjadi satu kesalahan jika seseorang itu berhimpun di sekolah. Bagaimana pula dengan acara seperti hari kantin? Di bawah PA2011 kenduri di pekarangan masjid juga dilarang.
PA2011 juga memberikan polis kuasa yang luas untuk mengenakan sekatan dan syarat ke atas mana-mana perhimpunan yang dikenakan. Dikhuatiri, sekiranya sekatan dan syarat ini tidak diperincikan, ia boleh disalahgunakan oleh pihak berkuasa.
Atas sebab-sebab ini, dan sebab-sebab lain, Majlis Peguam menentang PA2011. Ini bukan tentang politik, bukan tentang barisan atau pakatan apa-apa. Ini tentang sebuah rang-rang undang yang begitu cacat dan dipantaskan kelulusannya.
Harapan kami mudah sebenarnya. Jika tidak mahu menarik balik PA2011, sekurang-kurangnya rujuk kepada Jawatankuasa Terpilih Parlimen. Biar jawatankuasa ini perhalusi dan periksa peruntukan-peruntukan rang undang-undang ini satu persatu dan berunding dengan masyarakat awam. Mengapa perlu bergegas? Kita semua inginkan undang-undang yang dapat menjamin hak berhimpun, dan memberi makna kepada ucapan Perdana Menteri di ambang Hari Malaysia.
Ramai yang bertanya, mengapa peguam perlu berarak? Bukankah ia menyusahkan orang ramai? Tidak ada cara lain untuk menunjukkan bantahan? Mengapa Majlis Peguam perlu ‘berpolitik’?
Majlis Peguam telah cuba berunding. Tetapi menemui jalan buntu. Perarakan itu adalah jalan terakhir yang simbolik supaya kami dapat dipertimbangkan. Lebih-lebih lagi apabila dilaporkan bahawa PA2011 akan diluluskan oleh Parlimen pada hari yang sama.
Badan peguam dan Majlis Peguam tidak berminat dengan politik. Kami bukan anti-kerajaan mahupun pro-pembangkang seperti sering dituduh. Kami pro-keadilan (justice) dan mendukung Perlembagaan. PA2011 adalah bertentangan dengan prinsip-prinsip ini. Atas dasar inilah saya berarak pada hari itu.
Malangnya, walaupun dengan perarakan tersebut Dewan Rakyat telah meluluskan PA2011 tanpa undi bantahan. Ahli Parlimen pembangkang telah bermain politik dengan keluar Dewan.
Maka pada hari itu, kesemua ahli Dewan Rakyat pada saya telah mengecewakan rakyat. Selepas peguam dan rakyat berarak, rang undang-undang tersebut tetap diluluskan oleh ahli Dewan Rakyat.
*Penulis, peguam muda yang mengamal undang-undang sebagai rakan kongsi di sebuah firma guaman di Kuala Lumpur.
Tuesday, December 6, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Archive
-
▼
2011
(33)
-
▼
December
(30)
- Tok Guru Nik Aziz Mengulas Isu Ustaz Nasa Dan Hasa...
- Ujub
- Sultan Abdul Halim lafaz sumpah Agong ke-14
- 6 aktivis SMM ditahan di Speakers Corner UiTM
- Ulasan Terkini TG Nik Aziz Berkaitan Isu Samakan B...
- Apabila Sistem Kehakiman Rapuh: Di Mana Keadilannya?
- Live! Wacana Perdana: PRU13 PR Atau BN?
- Live! Wacana Perdana Dari Balai Islam Lundang 1
- Shahrizat Dan NFC Tiada Kaitan?
- Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011: Transfor...
- Angkat Kain Biar Sampai Telanjang
- Sharizat Lembu Menyinsing Lengan Baju?
- Kenapa Rakyat Perlu Bantah Undang-Undang Perhimpun...
- Najib beri bayangan PRU 13 akan diadakan tidak lam...
- Akta Himpunan Aman langkah ke belakang dalam demok...
- Perhimpunan Agung UMNO 2011 Dan Harapan- Dr Asri
- Selak Lagi Kain Shahrizat. Biar Rakyat Tahu Busuk ...
- Mengapa UMNO takut kepada DAP? – Oleh Fairuz Azhan
- Persidangan Umno tiada agenda rakyat, hanya hentam...
- Indeks Rasuah, BN Ibarat Burung Unta Benam Kepala
- Jangan mudah percaya berita di internet - Rosmah
- Demi nepostisme, Umno khianati Melayu – Khalid Jaafar
- Seleweng RM250 Juta Jumlah Kecil Bagi Umno
- Umno Hendak Meniru Pas
- Penasihat Agama MB T'Ganu Hina Islam? Ustaz Azhar ...
- Bung Mokhtar Tibai Blogger Umno
- Banjir Di Kajang : Selangor Bantu Sekolah & Rumah ...
- Pakatan Rakyat Selangor Harus Menambah Kerusi Dala...
- Mengapa saya berarak tempoh hari
- Shahrizat kini beban buat Umno – Saifuddin Nasution
-
▼
December
(30)
No comments:
Post a Comment