Monday, December 19, 2011

Tok Guru Nik Aziz Mengulas Isu Ustaz Nasa Dan Hasan Ali Di Dalam Blog Beliau. Tolong Baca Bagi Faham

“Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah Agama yang benar.”

(Al-Bayyinah 98:5)

Semasa diinterbiu oleh HARAKAH (10 Dosember lalu) saya menerangkan amat berbeza PAS dengan Umno. Saya tegaskan:

“PAS diajar melalui Islam supaya manusia sedar bahawa segala-galanya menumpang nikmat Allah SWT. Bumi kita pijak Allah yang buat, udara kita sedut Allah buat, air kita minum Allah buat, bahkan seluruh anggota tubuh badan kita Allah buat. Maka bila kita menumpang nikmat Allah SWT kita wajib bersyukur. Syukur ertinya buat yang Dia suruh, tinggal yang Dia larang.

Perkara ini tiada dalam Umno. Umno tidak me ngajar perkara ini, yang diajarnya menumpang jalan raya Kerajaan Pusat buat, itu dulu. Menumpang kemudahan-kemudahan telekom, Umno yang buat. Umno mengira dia telah beragama bila dia buat masjid, bila ada guru agama di sekolah-sekolah, itu sahajalah (agama pada Umno).

Sekarang kita berada di Malaysia. Bolehkah kita ambil sesetengah sahaja undang-undang Malaysia sebagaimana Umno ambil sesetengah hukum Allah.

Misalnya, motokar kita tidak mencuri, kita beli kerana undang-undangnya begitu. Tetapi road tax (cukai jalan) tak bayar, lampu belakang tidak menyala, sedangkan itu salah juga undang-undang kerajaan.

Jika kita duduk bawah kerajaan kita kena patuh semua undang-undang kerajaan, mana boleh kita dengan Allah SWT kita ambil setengah yang kita suka dan tolak setengah lagi bila tak serupa dengan kehendak kita.

Bila kita duduk bawah kerajaan, tak kiralah kerajaan Malaysia, kerajaan Amerika dan mana-manapun, rakyat kena terima semua segala undang-undang, begitulah kita dengan Allah SWT kena terima semua.

Mungkin ada yang keliru status rakyat dengan status hamba Allah SWT? Kita dididik oleh Islam hendaklah menjadi bertaraf hamba dengan Allah SWT, bukan bertaraf rakyat. Kita bukan rakyat di sisi Allah, tetapi kita jadi hamba-Nya selama 24 jam – sehari semalam.

Rakyat kalaulah kita tidak pernah buat salah dengan kerajaan, bila kita mati kita tidak diberi apa-apa oleh kerajaan kerana kita tidak buat salah dengan dia (kerajaan). Polis datang rumah kita bila kita buat salah, kalau kita benar tak pernah datang pun.

Tapi kita dengan Allah, bila kita benar kita akan dapat pahala, bila kita salah, dapat dosa. Tiada masa kita ini kosong dengan Allah. Inilah cara kita berfikir kerana kita sebagai hamba Allah, maka kena berfikir cara hamba-Nya.


Umno hanya sebut kita rakyat. Rakyat lain, hamba lain, hamba 24 jam (maksudnya menghamba diri sepanjang hari untuk Allah). Hamba ini berasaskan liya’budun (untuk beribadah pada-Nya). Kalau kita ini rakyat Allah, maka kita boleh guling Allah macam kita rakyat Malaysia boleh guling kerajaan. Kita dengan Allah SWT nak guling macam mana, nak tukar macam mana?”

Sesungguhnya Allah lebih berkuasa dan Maha Berkuasa.

Istiqomah disiplin jemaah

Justeru pendirian sebegitu, saya tetap istiqomah dengan disiplin jemaah. Oleh sebab itulah, bila diajukan “persoalan Dato’ Hassan Ali”, saya katakan:

“Setiap negeri ada Pesuruhjaya masing-masing, isu Selangor perlu dirujuk kepada Pesuruhjaya PAS Selangor, bukan Pesuruhjaya PAS Kelantan.”

Juga saya nyatakan:

“Saya hanya bersedia untuk mengulas isu-isu melibatkan dasar parti dan bukannya “isu teknikal” sebagaimana dibangkitkan pihak tertentu tentang teknikal pencalonan untuk PRU-13.”

Anggaplah ia satu accident

Pun begitu saya agak terkilan dengan pelbagai desas-desus dan tohmahan dalam media mengenai pencalonan PRU-13. Ada pihak yang dikatakan memberi pandangan mengenainya, sepatutnya tidak perlu memberi pandangan. Tunggulah keputusan rasmi.

Akibatnya terkeluarlah interbiu Ustaz Nasharudin Mat Isa (Berita Minggu, 18 Dis. 2011). Maka anggaplah ia satu accident dan ambillah pengajaran daripada peristiwa lalu. Semoga jemaah terus utuh.

Tuesday, December 13, 2011

Ujub

17 Muharram 1433H. [MOD] -

Ujub ialah PERASAAN kagum atas diri sendiri. Merasa diri HEBAT. Bangga diri. Terpesona dengan kehebatan diri.

Perasaan ujub boleh datang pada bila-bila masa.

Orang yang rajin ibadah merasa kagum dengan ibadahnya.
Orang yang berilmu, kagum dengan ilmunya.
Orang yang cantik, kagum dengan kecantikannya.
Orang yang dermawan, kagum dengan kebaikannya.
Orang yang berdakwah, kagum dengan dakwahnya.

Sufyan at-Tsauri mengatakan ujub adalah perasaaan kagum pada dirimu sendiri sehingga kamu merasa bahawa kamu lebih mulia dan lebih tinggi darjat.

Muthrif rahimahullah telah berkata, “Kalau aku tidur tanpa tahajud dan bangun dalam keadaan menyesal, adalah lebih baik dari aku bertahajud tetapi berasa kagum dengan amalan tahajud tadi.”

Seorang sahabat Nabi Abu Ubaidah al-Jarrah yang menjadi imam. Setelah selesai beliau berkata, “Syaitan sentiasa menghasut aku supaya merasa aku ini lebih hebat dari orang di belakangku. Aku tidak mahu jadi imam sampai bila-bila.”

Ingatlah, semua kelebihan adalah anugerah dari Allah, oleh itu kagumlah hanya kepada Allah, bukan diri sendiri.

Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri."(Surah An-Nisaa', sebahagian ayat 36)

Nabi saw. bersabda, "Apabila seorang lelaki sedang berjalan dengan memakai baju yang kemas dan rambut yang disikat menyebabkan dia rasa kagum dengan pakaian dan dandanan rambutnya (perasan lawa). Lalu Allah tengelamkan dia ke dalam muka bumi dan dia terus ditenggelamkan sampai hari kiamat.” (HR Bukhari dan Muslim)

Nabi saw. bersabda, "Ada tiga hal yang dapat membinasakan diri seseorang iaitu kedekut yang ditaati, hawa nafsu yang diikuti dan ujub (rasa kagum dengan diri sendiri).”. (HR Al-Bazzar dan Al-Baihaqi)

Imam Nawawi rahimahullah berkata,”ketahuilah bahwa keikhlasan niat terkadang dihalangi oleh penyakit ujub. Sesiapa ujub dengan amalnya sendiri maka akan terhapus amalnya". (Syarh Arba’in)

Sultan Abdul Halim lafaz sumpah Agong ke-14

Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berangkat tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang pagi ini, bagi menghadiri istiadat melafaz sumpah dan menandatangani surat memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14.

Ketibaan Tuanku Abdul Halim bersama Sultanah Haminah Hamidun pada pukul 9.07 pagi disambut oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim dan isteri Datin Seri Masnah Rais.

Seramai 29 anggota dan pegawai dari Batalion Keenam Rejimen Renjer Diraja mengadakan kawalan kehormat setempat.

Baginda berdua kemudian berangkat ke Dataran Parlimen di Kuala Lumpur untuk sambutan penuh istiadat.

Tuanku Abdul Halim, 84, dipilih oleh Raja-raja Melayu pada Mesyuarat Khas Majlis Raja-raja di Istana Negara pada 14 Okt lalu sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 untuk tempoh lima tahun berkuat kuasa hari ini.

Ini adalah kali kedua Tuanku Abdul Halim dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong selepas kali pertama pada 21 Sept 1970 untuk tempoh lima tahun, berakhir 20 Sept 1975.

Sementara Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dipilih sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh yang sama.

Sambutan

Di Kuala Lumpur, keberangkatan tiba Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Haminah di Dataran Parlimen di Kuala Lumpur pada pukul 10 pagi disambut dengan tiupan nafiri oleh 20 anggota dari Rejimen Kedua Kor Armour Diraja.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman menyambut keberangkatan tiba baginda berdua.

Baginda berdua kemudian diiringi ke peterana, melintasi pasukan kawalan tombak, diikuti dengan persembahan tabik "Hormat Diraja" oleh pasukan kawalan kehormat dan disusuli lagu Negara Ku oleh pasukan pancaragam pusat Rejimen Askar Melayu Diraja yang dipimpin Leftenan Nor Azizan Yahaya.

Serentak dengan itu, bendera peribadi Yang di-Pertuan Agong dikibarkan dan diikuti dengan tembakan meriam sebanyak 21 das.
Tuanku Abdul Halim kemudian memeriksa pasukan kawalan kehormat terdiri daripada 103 pegawai dan anggota dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja yang diketuai Mejar Muhammad Abdullah.

Istiadat negara itu diteruskan dengan bacaan doa oleh Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh dan disusuli dengan tabik 'Hormat Diraja' serta lagu Negaraku.

Lafaz sumpah

Baginda berdua kemudian menerima menghadap menteri-menteri kabinet dan ketua-ketua jabatan sebelum berangkat ke Istana Negara di Jalan Duta untuk istiadat melafaz sumpah jawatan dan menandatangani surat memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Tuanku Abdul Halim kemudiannya melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 dalam upacara penuh adat istiadat di Istana Negara.

Ini merupakan kali kedua baginda dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Kali pertama ialah dari 21 Januari 1970 hingga 20 September 1975 semasa berusia 43 tahun.

Sistem penggiliran Yang di-Pertuan Agong dalam kalangan sembilan Raja Melayu dimulakan sejak negara Merdeka pada 31 Ogos, 1957.

Istiadat hari ini merupakan istiadat seumpamanya yang pertama kali diadakan di Istana Negara yang baru dibina bercirikan binaan Islam dan tradisional Melayu di kawasan seluas 96.52 hektar, yang mula beroperasi pada 15 November lalu.

Pengisytiharan

Berikut ialah pengisytiharan Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'azam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-14 yang dibacakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Istiadat Melafaz Sumpah Memegang Jawatan dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan di Istana Negara di Kuala Lumpur hari ini:

"Bahawasanya adalah diperuntukkan oleh Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan bahawa hendaklah ada seorang Ketua Utama Negara bagi Persekutuan yang digelar Yang di-Pertuan Agong yang dipilih oleh Majlis Raja-raja:

Dan bahawasanya menurut peruntukan Jadual Ketiga kepada Perlembagaan Persekutuan, Majlis Raja-Raja telah mengisytiharkan Beta dipilih memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong.

Maka oleh yang demikian Beta, Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'azam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah, dengan ini mengisytiharkan bahawa Beta pada hari ini telah memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong dan telah mengangkat sumpah yang dikehendaki oleh Perkara 37 Perlembagaan Persekutuan mengikut cara yang ditetapkan oleh Perkara itu.

Diperbuat di Istana Beta, Istana Negara, di Ibu Negara Beta di Kuala Lumpur pada tiga belas haribulan Disember dalam tahun dua ribu sebelas."

Senarai Agong

Berikut adalah senarai Yang di-Pertuan Agong:

1) Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan
Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad
Mangkat: 1 April 1960 (mangkat semasa memerintah sebagai Yang di-Pertuan Agong pertama)
Ditabal: 2 Sept 1957
Tempoh Jawatan: 3 Ogos 1957 - 1 April, 1960

2) Sultan Selangor
Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Ala'iddin Sulaiman Shah
Mangkat: 1 Sept 1960
Ditabal: 1 Sept 1960 (mangkat beberapa jam sebelum ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong kedua)
Tempoh Jawatan: Menjalankan tugas Yang di-Pertuan Agong sejak 4 April 1960 berikutan kemangkatan Tuanku Abdul Rahman)

3) Raja Perlis
Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail
Mangkat: 16 April 2000
Ditabal: 4 Jan 1961
Tempoh Jawatan: 21 Sept 1960 - 20 Sept 1965
(Raja paling muda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong iaitu pada usia 40 tahun)

4) Sultan Terengganu
Sultan Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin
Mangkat: 20 Sept 1979
Ditabal: 21 Sept 1965
Tempoh Jawatan: 21 Sept 1965 - 20 Sept 1970

5) Sultan Kedah
Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah
Ditabal: 20 Feb 1971
Tempoh Jawatan: 21 Jan 1970 - 20 Sept 1975

6) Sultan Kelantan
Sultan Yahya Petra Ibni Almarhum Sultan Ibrahim
Mangkat: 29 Mac 1979
Ditabal: 28 Feb 1976
Tempoh Jawatan: 21 Sept 1975 - 29 Mac, 1979

7) Sultan Pahang
Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah
Ditabal: 10 Julai 1980
Tempoh Jawatan: 26 April 1979 - 25 April 1984

8) Sultan Pahang
Sultan Mahmood Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail
Mangkat : 23 Jan 2010
Ditabal: 15 Nov 1984
Tempoh Jawatan: 15 April 1984 - 25 April 1989

9) Sultan Perak
Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuff Izzuddin Ghafarullahulahu Shah
Ditabal: 18 Sept, 1989
Tempoh Jawatan: 26 April 1989 - 25 April 1994

10) Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan
Tuanku Ja'afar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman
Mangkat : 27 Dis 2008
Ditabal: 22 Sept, 1994
Tempoh Jawatan: 16 April, 1994 - 25 April, 1999

11) Sultan Selangor
Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Ibni Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah
Mangkat: 21 Nov 2001 (mangkat semasa memerintah sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-11)
Ditabal: 23 Sept 1999
Tempoh Jawatan: 26 April 1999 - 21 Nov 2001

12) Raja Perlis
Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail
Ditabal: 25 April 2002
Tempoh Jawatan: 13 Dis 2001 - 13 Dis 2006

13) Sultan Terengganu
Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah
Ditabal: 26 April 2007
Tempoh Jawatan: 13 Dis 2006 - 12 Dis 2011

14) Sultan Kedah
Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah (Dilantik untuk kedua kali)
Ditabal:
Tempoh Jawatan: 13 Dis 2011

- Bernama

Friday, December 9, 2011

6 aktivis SMM ditahan di Speakers Corner UiTM

SHAH ALAM, 9 Dis: Enam aktivis mahasiswa ditahan polis bantuan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam malam tadi ketika mereka sedang mengadakan sesi penerangan di Speakers Corner di kampus itu.

Program yang pada mulanya aman tiba-tiba bertukar kecoh apabila berlaku provokasi melampau oleh mahasiswa pro-aspirasi sehingga memaksa polis bantuan kampus itu campur tangan dan menahan keenam-enam aktivis mahasiswa itu.

Kesemua yang ditahan adalah dua dari UiTM, dua dari Universiti Malaya (UM) dan dua orang lagi masing-masing dari Universiti Industri Selangor (Unisel) dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis).

Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Ahmad Syukri Razab yang juga salah seorang yang ditahan berkata, kesemua mereka ditahan kira-kira jam 9.30 malam dan dibawa ke pejabat polis bantuan di UiTM Shah Alam.

Katanya, alasan penahanan mereka adalah kerana masuk ke kampus itu tanpa kebenaran, manakala dua pelajar UiTM itu pula ditahan kerana menyertai Speaker Corner yang tidak mendapat kelulusan pihak universiti.

"Bagi saya tindakan UiTM keterlaluan dan sangat terkebelakang berbanding kampus-kampus lain.

"UiTM juga tidak seiring dengan keterbukaan kerajaan yang mahu memberi kebebasan kepada mahasiswa," katanya.

Menurutnya lagi, kesemua yang ditahan kemudian dibebaskan kira-kira sejam kemudian selepas melalui soal siasat biasa.

Mereka juga diberi amaran agar tidak meneruskan program itu dan diiring keluar dari kampus tersebut sejurus selesai soal siasat tersebut.

Thursday, December 8, 2011

Ulasan Terkini TG Nik Aziz Berkaitan Isu Samakan Beliau Dengan Nabi

Sehari dua ini, hangat juga cerita Ustaz Budak yang didakwa berceramah dan mengaitkan saya, kononnya saya "Nabi." Ada pihak pula yang 'putar' dalam internet tentang ceramah itu. Justeru ada bemacam-macam ulasan.
Saya turut menjawab perkara ini bila ditanya wartawan. Di sini saya ulangi:

"Saya hendak jawab begini, kalau orang menyamakan saya dengan Nabi adalah kufur. Sama juga, orang Islam tolak Islam, ia kufur. Sama ada tolak Islam itu diganti dengan demokrasi atau kebangsaan. Serupa jugalah."

Apabila Sistem Kehakiman Rapuh: Di Mana Keadilannya?

Saya tidak mengetahui apa yang sebenarnya berlaku, saya juga tidak tahu sejauh mana kebenaran pihak yang mendakwa mahupun kebenaran pihak yang membela DSAI. Tetapi saya beriman yang Allah Maha Mengetahui, Maha Berkuasa dan Maha Pemutus. Saya beriman yang banyak perkara di dalam hidupan dunia yang kebenarannya bersifat nisbi; kecuali kebenaran mutlak yang menyelamatkan , ianya berpunca dari perkhabaran Allah dan Rasul-Nya.

Bagaimanapun ketika membaca al-Quran dalam usaha mengkhatam al-Quran dalam bulan Ramadan yang mulia ini pada minggu yang telah berlalu, ayat ke 71 Surah Yunus terlekat di ingatan saya sehingga kini, ketika membacanya saya terlintas “apakah terdapat persamaan antara message terkandung di dalam ayat ini dengan keadaan yang dihadapi oleh DSAI?” – “Apakah sehinggakan perkara semasa sebeginipun, begitu jelas persamaannya dengan message di dalam al-Quran?” – “Atau kerana kecenderungan tertentu, maka saya pun sengaja mahu melihat dari sudut yang melegakan lantas mengiyakan perhitungan saya?” -

“Dan bacalah (ya Muhammad) ke atas mereka (kaum kafir Makkah) berita tentang Nuh. Ketika dia berkata kepada kaumnya: “wahai kaumku, jikalaulah menjadi keberatan (ancaman) besar ke atas kamu dengan kehadiran (kedudukan) aku (di kalangan kamu) serta peringatan yang aku beri dari ayat-ayat Allah, maka kepada Allah lah aku bertawakkal. Maka (oleh itu) sepakatkan keputusan di kalangan kamu serta sekutu-sekutu kamu (untuk memusnahkan aku), kemudian janganlah jadikan perkara kamu itu kabur (terselindung; berterus terang sahaja lah tentang tujuan kamu ), kemudian laksanakan atas aku (apa-apa yang telah kamu putuskan itu) dan jangan kamu bertanggung-tangguh lagi”.

Perkara yang sama juga telah dinyatakan oleh tukang-tukang seher di zaman Saiyyidina Musa, apabila mereka sudah tahu maksud perbicaraan yang mereka akan lalui, ugutan siksaan yang dikenakan atas mereka oleh Firaun. Mereka mengungkapkan dengan penuh keimanan dan ketegasan, kenyataan itu telah diabadikan oleh al-Quran dalam ayat 71-72 Surah Taha :

Mereka (tukang-tukang sihir yang kemudiannya telah memeluk Islam ) berkata: Kami sekali-kali tidak akan melebihkan (ugutan) engkau atas bukti-bukti yang nyata (tentang kebenaran Saiyyidina Musa) yang telah datang kepada kami dan daripada (Allah) yang menjadikan kami; maka berhukumlah dengan keputusan yang telah engkau putuskan, sesungguhnya engkau hanya berhukum pada kehidupan di dunia ini (sahaja; kerana kelak kamu juga akan menerima hukuman) . Sesungguhnya kami telah beriman kepada Tuhan kami, semoga Dia mengampuni kami bagi kesalahan-kesalahan kami dan apa yang engkau paksa ke atas kami dalam melakukan sihir, sesungguhynya Allah lebih baik (balasan -Nya) dan lebih kekal (siksaan-Nya)

Allah juga merakamkan kenyataan Saiyyidina Hud yang dimusuhi oleh orang kafir kerana mereka mengatakan baginda menghina sembahan-sembahan mereka, Saiyyidina Hud menyatakan dalam ayat 55-56 Surah Hud:

Saiyyidina Hud berkata: “sesungguhnya aku bersaksi kepada Allah dan bersaksilah oleh kamu sekelian bahawa sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu syirikkan selain daripada-Nya, oleh itu laksanakan tipu daya sekelian kamu ke atas aku, janganlah kamu bertangguh lagi (laksanakan segera perancangan kamu), sesungguhnya aku telah bertawakkal kepada Allah Tuhanku dan Tuhan sekelian kamu, Tiada suatu binatangpun yang melata kecuali Allah yang memegang ubun-ubunnya, sesungguhnya Tuhanku di atas Jalan Yang Lurus.

Dalam rakaman kenyataan-kenyataan di atas , kita dapat perhatikan gambaran menyeluruh tentang suasana apabila sistem kehakiman (pemutus hukum) tidak lagi bersikap objektif; sudah ada hukuman yang telah sedia dirancang untuk dihukum tanpa mengira kekuatan hujjah bagi pihak yang dituduh. Kemungkinan juga pihak penguat-kuasa peraturan dan beberapa pihak lain bersekutu dan berserongkol dalam menentukan yang dituduh akan tetap dihukum dengan hukuman yang telah diputuskan sebelum perbicaraan. Maka ketika itu apa lagi maknanya penghujjahan dan segala pembuktian, kerana hukuman bukan lagi bergantung atas hujjah tetapi mengikut pihak yang berkuasa.

Dalam keadaan itulah Rasul dan orang yang teguh imannya meminta pihak yang sedemikian agar tidak bertangguh-tangguh lagi, berselindung di sebalik ‘procedures’, bahkan segerakanlah laksanakan hukuman yang mereka telah rancangkan itu. Mereka tidak merasa terancam kerana mereka telah sandarkan keyakinan mereka yang utuh kepada Allah. Mereka melihat hukuman yang akan dikenakan ke atas mereka oleh pihak penguasa yang zalim itu tiada tara berbanding dengan ganjaran pahala menegakkan Tauhid, kebenaran serta memperteguhkan kesabaran serta siksaan kerana kesyirikan, kemaksiatan dan kezaliman. Kalau tidakapun apa lagi ada pilihannya?

Ya Allah selamatkan kami dari bala yang dahsyat seumpama ini, atau sekiranya kami ditakdirkan menghadapinya maka Engkau perteguhkan iman kami, Engkau tinggatkan tawakkal kami kepada Engkau serta Engkau tariklah ubun-ubun kami ke arah keselamatan.

Ya Allah selamatkan pihak penguasa kami, tanahair kami dari bencana seumpama ini, Ya Allah suburkan keimanan, kebajikan dn keadilan di tanahair kami serta Engkau peliharalah penguasa kami daripada melakukan kezaliman dan kemaksiatan kepada Engkau. Y a Allah jadikan kami hidup mengikut Syariat Engkau dan di atas Sunnah Nabi-Mu, Saiyyidina Muhammad.

* Semoga saya masih memelihara pesan guru-guru saya agar mengelak diri dari menceburi politik, semoga catitan ini akan membawa manafaat kepada saya dan saudara-saudara seagama tanpa prejudice politik kepartian. Amin

Live! Wacana Perdana: PRU13 PR Atau BN?

Untuk pengetahuan semua pembaca. Malam ni bertempat di Kompleks Balai Islam Lundang akan diadakan satu wacana perdana yang bertajuk PRU 13: PR Atau BN?

Antara panel yang diundang ialah YB Saifudin (Timb Menteri Pengajian Tinggi), YB Saifudin Nasution (Ahli Parlimen Machang) dan dua orang pensyarah yang tidak asing lagi.

Team kami akan berada di sana dan akan memberi info-info terkini dan juga gambar untuk tatapan anda.

Semiga anda terus bersama kami untuk seketika nanti.

Live! Wacana Perdana Dari Balai Islam Lundang 1

Hadirin sudah memenuhi dewan.

Tuan Moderator sedang memulakan mukadimah.

Tuesday, December 6, 2011

Shahrizat Dan NFC Tiada Kaitan?

Senator Umno Shahrizat Jalil enggan berdepan dengan dakwaan rasuah sekitar tuduhan penglibatan keluarga beliau dalam projek pengeluaran daging lembu negara, NFC. Akan tetapi, kedegilan beliau mungkin akan menghancurkan diri dan mempercepatkan kejatuhan politik beliau.

Sudah ada suara-suara sumbang dalam Umno, yang juga sangat sinonim dengan perbalahan dalaman ; menggesa beliau untuk melepaskan jawatan tersebut. Terdapat juga mereka-mereka yang mengintai jawatan Ketua Wanita tersebut. Di luar Umno pula, keengganan beliau untuk bertanggungjawab terhadap perkara itu telah menambah kemarahan orang ramai. Shahrizat juga merupakan menteri hal ehwal Wanita.

Tiada sebab beliau patut menyalahkan Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat tidak pernah memaksa NFC atau keluarganya untuk membeli dua kondominium mewah dengan dana awam. Selain itu, benarkah tanpa status beliau dalam BN, beliau berani katakan bahawa kerajaan persekutuan akan memberikan projek tersebut kepada suami dan anak beliau? Adakah mereka mempunyai pengalaman yang mencukupi atau kepakaran dalam membangunkan industri ternakan lembu? “Naib PresidenPKR, Chua Jui Meng memberitahu Malaysia Chronicle.

Tiada kaitan dengan saya

Yang luar biasanya, Shahrizat menganggap bahawa dia tidak ada kaitan dengan skandal RM250 juta NFC, walaupun Ketua Audit Negara telah mengatakan bahawa projek tersebut dalam “keadaan kucar-kacir”. Menurut beliau, Pakatan Rakyat sebenarnya cemburu akan beliau kerana kekuatan sayap Wanita Umno itu.

Ironinya, hanya beberapa hari yang lalu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin -yang juga Timbalan Presiden Umno – mengakui bahawa Wanita, Puteri dan Belia tidak mencapai jangkaan Umno.

“Saya bersetuju mengenai perkara ini dan saya percaya bahawa orang lain juga berkongsi pendapat yang sama (bahawa Pemuda, Puteri dan sayap Wanita dilihat sebagai tidak aktif seperti sebelum ini). Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri telah menyatakan ini dalam mesej khas kepada sayap parti baru-baru ini, “Muhyiddin memberitahu Bernama dalam satu wawancara baru-baru ini.

“Perjumpaan ini diadakan kerana kita mahu mereka menyedari bahawa mereka mempunyai peranan yang lebih besar kerana pandangan orang luar terhadap pergerakan Pemuda dan Puteri tidak mencapai jangkaan. Kami memang akui ini.”

Tulisan di dinding

Kelihatan seperti akan berlaku satu pertelingkahan politik dan kemungkinan Shahrizat tidak mampu untuk terus hidup. Tanda-tanda sudah jelas dan dia mungkin tidak mempunyai pilihan lain tetapi untuk mengumumkan rancangan beliau meletak jawatan sebagai ketua Wanita sebelum pilihan raya umum akan datang, yang dijangka akan diadakan awal tahun depan.

Sementara itu, Shahrizat berjanji untuk berjuang. Beliau berjanji untuk menangani kontroversi NFC semasa perhimpunan agung Umno minggu ini, walaupun menegaskan bahawa “Ia tiada kaitan dengan saya.”

“Tidak ada masalah jika isu NFC dibahaskan. Saya akan menjawab semasa perhimpunan Wanita Umno. Saya akan menghantar satu mesej yang jelas kepada orang-orang di luar sana, Malaysian Insider melaporkan beliau sebagai berkata dan merujuk kepada Pakatan Rakyat.

“Sebagai seorang wanita saya perlu bertenang. Mereka (Pakatan Rakyat) lakukan ini kerana mereka takut kepada kekuatan Wanita Umno. ”

Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011: Transformasi atau Anti-tranformasi

Komitmen kerajaan Barisan Nasional untuk memansuhkan tiga proklamasi darurat iaitu Proklamasi Darurat 1966, Proklamasi Darurat 1969 dan Proklamasi Darurat 1977 amatlah dialu-alukan. Ini seharusnya membuktikan komitmen kerajaan terhadap transformasi politik yang mampu menarik kembali sokongan rakyat. Semua pihak sama ada individu, institusi, badan-badan bukan kerajaan termasuk parti pembangkang perlu meraikan dan memuji langkah kerajaan ini.

Sementara teruja dengan inisiatif kerajaan di atas, melalui pemerhatian, penulis berpandangan bahawa transformasi yang sedang cuba dilaksanakan tidak bersifat menyeluruh, kabur, tidak jelas dan tidak konsisten.

Umpamanya, tatkala kerajaan telah mengumumkan ingin memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 pada 16 September yang lalu, 11 warganegara Malaysia di Sabah telah ditangkap di bawah undang-undang ini hanya selepas beberapa bulan pengumuman tersebut dibuat.

Ini secara jelas menunjukkan bahawa kerajaan tidak konsisten dengan agenda transformasi yang ingin dilaksanakan. Perkara yang sama juga berlaku pada aspirasi kerajaan pada seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) apabila kerajaan telah membuat keputusan untuk meneruskan rayuan ke atas keputusan Mahkamah Rayuan pada 31 Oktober lalu yang mengumumkan bahawa Seksyen 15 tersebut bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Begitu juga dengan pengenalan undang-undang terbaru yang dibentangkan pada 22 November lalu iaitu Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman di Dewan Rakyat.

Walaupun Rang Undang-undang ini bermatlamat untuk membenarkan orang ramai berhimpun secara aman tetapi setelah diperhalusi isi kandungannya terdapat beberapa peruntukan yang memerlukan penilaian semula sebelum ianya boleh dilaksanakan ataupun diluluskan.

Berdasarkan perkembangan yang meragukan ini, penulis ingin mengambil kesempatan untuk membuat analisa ringkas Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 ini dengan mengkhususkan perbincangan terhadap beberapa peruntukan yang menimbulkan banyak persoalan yang signifikan.

2.0 Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011

Rang Undang-undang Perhimpunan Aman ini mengandungi 27 seksyen yang dibahagikan kepada enam Bahagian iaitu Bab I: Permulaan, Bab II: Hak Untuk Berhimpun Secara Aman, Bab III: Tanggungjawab Penganjur, Peserta dan Polis, Bab IV: Kehendak Dalam Menganjurkan Perhimpunan, Bab V: Penguatkuasaan dan Bab VI: Pelbagai. Secara umumnya, undang-undang ini kelihatan menyediakan peruntukan yang boleh diterima bagi memastikan setiap perhimpunan yang diadakan mengutamakan keamanan dan ketenteraman awam. Namun begitu, setelah diperhalusi terdapat beberapa peruntukan yang menimbulkan banyak persoalan dan membuka ruang yang amat besar kepada pihak tertentu untuk memanipulasikannya.

2.1 Tiada Wacana Awam

Di antara faktor kelemahan Rang Undang-undang ini ialah tiadanya wacana awam untuk membincangkan peruntukan yang terkandung dalamnya. Seharusnya kerajaan menganjurkan sesi perbincangan dengan masyarakat umum atau wakil badan-badan berkaitan sebelum meneruskan penggubalan undang-undang ini dan seterusnya dibacakan di Parlimen untuk kelulusan. Kegagalan untuk meninjau dan membuat kajian terhadap ruang lingkup dan pendekatan yang ada di dalam undang-undang ini sedikit sebanyak menjelaskan bahawa ianya tidak mendapat mandat yang sewajarnya dari masyarakat umum bahkan menidakkan pandangan dan pendapat mereka terhadap sesuatu undan-undang yang bakal dilaksanakan.

2.2 Terlalu Banyak Sekatan dan Syarat

Seksyen 9 memperuntukkan bahawa penganjur perhimpunan mesti membuat permohonan dalam tempoh 30 hari sebelum perhimpunan. Kegagalan berbuat demikian boleh mengakibatkan didenda tidak melebihi RM10,000. Kekurangrelevanan peruntukan ini kemudiannya dipersetujui YAB Perdana Menteri yang mana kemudiannya menyatakan tempoh 30 hari ini dikurangkan kepada 10 hari. Peruntukan ini perlu diperhalusi dan disemak semula. Ini memandangkan tempoh 30 atau 10 hari ini agak lama dan kadangkala tidak relevan. Bayangkan sekiranya isu yang ingin diketengahkan dalam perhimpunan tersebut merupakan respons yang perlu diberikan serta merta seperti isu keganasan Israel, maka seksyen ini bakal menimbulkan permasalahan. Ini memandangkan pihak berkuasa mempunyai kuasa penuh untuk menentukan sama ada perhimpunan boleh diadakan atau sebaliknya.

Walaupun peruntukan ini membolehkan pihak berkuasa untuk memberikan kebenaran berhimpun kurang dari 10 hari, ianya juga menimbulkan keraguan. Ini kerana pihak polis memerlukan masa untuk mengadakan rundingan dengan komuniti di kawasan tersebut. Ini juga tidak jelas dari aspek rundingan yang bagaimana, siapakah yang dirundingkan, adakah kesemua penduduk akan dilibatkan atau sebahagian dan berapa lamakah rundingan tersebut? Hal ini bukan sahaja boleh dipersoalkan bahkan menimbulkan keraguan dari aspek perlaksanaan. Malahan membuka ruang yang lebih luas untuk ianya dimanipulasikan oleh pihak tertentu.

Disamping itu, jika dirujuk kepada syarat-syarat dan prosedur untuk mengadakan perhimpunan, terlalu banyak perkara yang perlu dipatuhi bahkan melibatkan ramai pihak yang akan melambatkan proses permohonan dan seterusnya membantutkan sebarang usaha untuk berhimpun. Keperluan menampal notis, memaklumkan orang mempunyai kepentingan, perjumpaan dengan penganjur, rundingan dan sebagainya di antara perkara-perkara yang dimaksudkan.

2.3 Kuasa Budi Bicara Pihak Berkuasa

Rang Undang-undang ini memberikan kuasa budi bicara yang amat luas kepada pihak berkuasa. Ini membuka ruang yang besar dan sangat berpotensi untuk ianya dimanipulasikan. Sebagai contoh, seksyen 15 memberikan kuasa penuh kepada pihak berkuasa untuk mengenakan sekatan dan syarat ke atas sesuatu perhimpunan dan barangsiapa yang gagal untuk mematuhinya boleh dikenakan denda sehingga RM10,000. Sekiranya ini berlaku, mana-mana pihak yang ingin menganjurkan perhimpunan bukan sahaja boleh dinafikan hak mereka untuk berbuat demikian bahkan boleh dikenakan denda sekiranya gagal mematuhi syarat dan sekatan yang dikenakan.

Begitu juga dengan peruntukan yang lain di mana pendekatan yang terkandung dalam undang-undang ini memberikan kuasa yang luas kepada pihak polis sedangkan sepatut ianya menganjurkan model kerjasama pihak penganjur dan pihak berkuasa untuk berbincang dan memperoleh kata sepakat mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan perhimpunan. Ciri-ciri yang ada pada beberapa undang-undang terdahulu seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 yang memberikan kuasa penuh pihak polis masih lagi ingin diperkenalkan. Ini sedikit sebanyak menunjukkan kegagalan untuk menterjemahkan aspirasi kerajaan bagi melaksanakan transformasi pada undang-undang yang ingin diperkenalkan. Seharusnya peruntukan undang-undang yang ada lebih memberikan penekanan dari aspek pendekatan yang lebih bersifat kerjasama untuk memastikan perhimpunan yang bakal diadakan berlaku dalam situasi yang aman damai. Perkara ini bersesuaian dengan hak kebebasan bersuara yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan dan ini termasuk hak untuk berhimpun secara aman.

2.4 Rayuan kepada Kementerian Dalam Negeri

Rang Undang-undang ini bukan sahaja memberikan kuasa yang luas kepada pihak berkuasa bahkan ianya juga tidak mempunyai peruntukan yang jelas dan relevan mengenai rayuan terhadap sekatan dan syarat-syarat yang dikenakan oleh pihak polis. Sudahlah sekatan dan syarat ini budi bicara mutlak pihak polis, pihak penganjur juga hanya boleh merayu atau berunding untuk mengurangkan atau menggugurkannya kepada Kementerian Dalam Negeri. Ini menimbulkan persoalan daripada aspek ketelusan, kesesuaian dan kerelevanannya. Seperti yang difahami, pihak polis beroperasi dan menjalankan tugas di bawah pemantauan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bahkan terikat dengan arahan KDN. Dalam konteks sudah tentu rayuan kepada KDN berkenaan dengan sekatan dan syarat dikenakan adalah tidak sesuai dan meragukan.

Memberikan hak untuk merayu terhadap sesuatu keputusan yang dibuat merupakan perkara yang perlu diberikan perhatian. Sewajarnya pihak penganjur diberikan peluang untuk merayu terhadap apa-apa sekatan dan syarat yang dikenakan untuk tujuan perhimpunan aman terhadap institusi yang lain yang lebih sesuai dan kredibel. Aspek ini membuktikan bahawa Rang Undang-undang ini mempunyai pelbagai kelemahan dari aspek teknikal dan juga substantifnya.

2.5 Kekaburan Undang-undang

Terdapat pelbagai kekaburan undang-undang yang terkandung dalam Rang Undang-undang Perhimpunan Aman ini. Umpamanya, tidak terdapat sebarang perbezaan yang jelas mengenai takrifan “perhimpunan” sama ada ianya merujuk kepada sebarang perarakan atau mana-mana protes jalanan atau piket atau demonstrasi. Rang Undang-undang ini juga tidak menjelaskan sama ada bukan warganegara Malaysia juga diberikan hak untuk berhimpun secara aman.

Peruntukan seksyen 19 juga adalah tidak jelas di mana merujuk penganjur sebagai seseorang yang menggalakkan, menaja, mengadakan atau menyelia perhimpunan, atau menjemput atau merekrut peserta atau penceramah bagi perhimpunan. Ini bermakna penganjur perhimpunan merangkumi definisi yang amat luas dan ini termasuk sesiapa sahaja yang terlibat. Terminologi ’merekrut’ juga tidak mempunyai sebarang pendefinisian yang jelas menimbulkan lagi kekaburan dan kekeliruan.

2.6 Penggunaan Kekerasan Dibenarkan

Agak mengejutkan apabila merujuk kepada seksyen 21 yang membenarkan pihak polis menggunakan kekerasan untuk menyuraikan perhimpunan. Walaupun peruntukan ini merujuk kepada “kekerasan yang munasabah”, kebenaran untuk membolehkan pihak polis menggunakan kekerasan tanpa ada apa-apa definisi dan skop bakal membuka ruang yang luas untuk ianya digunakan sewenang-wenangnya. Bukan itu sahaja, denda yang dikenakan kepada mana-mana pihak yang gagal untuk mematuhi seksyen ini ialah denda tidak melebihi RM20,000.

Peruntukan seumpama seksyen 21 ini yang memberikan kuasa ekslusif kepada pihak polis untuk menggunakan kekerasan bagi menyuraikan perhimpunan dan denda yang tinggi kepada sesiapa yang gagal mematuhinya membuktikan bahawa terdapat ketidakadilan dan ketidakrelevanan sebahagian besar ruang lingkup dan pendekatan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 ini. Aspek ini sewajarnya diberikan perhatian serius oleh pihak kerajaan selaras dengan hasrat transformasi yang ingin dilaksanakan.

2.7 Akses Munasabah Kepada Media

Di antara aspek yang juga boleh dipertikaikan ialah peruntukan mengenai akses kepada media. Seksyen 24 memperuntukkan bahawa mana-mana wakil media hanya boleh mempunyai akses yang munasabah kepada tempat perhimpunan dan menggunakan apa-apa kelengkapan untuk membuat laporan tentang perhimpunan itu. Apakah yang dimaksudkan dengan ‘akses munasabah’ ini? Pihak manakah yang menentukan kemunasabahan akses ini?. Apakah sekatan-sekatan yang boleh dikenakan kepada media untuk menentukan kemunasabahan akses tersebut?

Peruntukan ini secara umumnya boleh menyekat media untuk mendapatkan maklumat secara adil dan bebas terhadap perhimpunan yang diadakan dan seterusnya boleh menafikan kebebasan media serta menidakkan laporan sebenar yang berlaku. Walaupun kebebasan media tidak boleh diberikan secara mutlak, tetapi menidakkan kebenaran dan fakta yang tepat melalui peruntukan sedemikian rupa umpama menafikan hak rakyat atau masyarakat untuk mengetahui kebenaran dan apa yang sebenarnya berlaku. Media perlu diberikan akses yang sewajarnya dan masyarakatlah yang perlu berperanan untuk mengadili sebarang laporan yang tertera di media massa.

3.0 Kesimpulan

Hasrat kerajaan untuk melakukan transformasi yang menyeluruh dalam sistem pentadbiran termasuk perundangan adalah sesuatu yang sewajarnya diraikan. Keputusan untuk memansuhkan beberapa undang-undang yang tidak lagi sesuai dilaksanakan menunjukkan sedikit sebanyak komitmen kerajaan untuk merealisasikan transformasi ini.

Namun begitu, setelah meneliti dan membuat pemerhatian terhadap beberapa keputusan dan tindakan kerajaan akhir-akhir ini, polisi dan pendekatan transformasi ini menimbulkan pelbagai keraguan.

Di antara keraguan yang dizahirkan merujuk kepada pengenalan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman yang telah dibentangkan di Parlimen November lalu. Setelah diteliti, Rang Undang-undang ini mempunyai pelbagai kelemahan dan terdapat beberapa persoalan signifikan yang perlu diberikan perhatian.

Penulis telah menggariskan beberapa aspek penting yang menimbulkan seribu persoalan dan ini termasuk tiada wacana awam, pelbagai sekatan dan syarat, kuasa budi bicara pihak polis, kuasa Kementerian Dalam Negeri, Kekaburan undang-undang, penggunaan kekerasan dan akses munasabah kepada media. Senarai ini tidak berhenti setakat ini sahaja. Masih terdapat banyak lagi persoalan dan keraguan yang timbul mengenai undang-undang ini. Rang Undang-undang ini juga sebenarnya boleh menidakkan hak umum berhimpun dan menyatakan pendirian mereka terhadap sesuatu isu yang relevan dan signifikan.

Oleh kerana ianya mempunyai lebih banyak kelemahan berbanding kelebihan dan kekaburan dari aspek ruang lingkup undang-undang serta memberikan kuasa budi bicara yang amat luas kepada pihak berkuasa, penulis cenderung untuk menolak Rang Undang-undang ini melainkan dianjurkan terlebih dahulu secara menyeluruh wacana awam untuk meneliti dan memperkemaskan lagi isi kandungan dan pendekatannya.

Angkat Kain Biar Sampai Telanjang

KUALA LUMPUR 30 Nov: Proses penganugerahan kontrak Pusat Fidlot Kebangsaan yang dikendalikan syarikat keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil, tidak dibuat dengan telus dan berlaku penyelewengan, kata Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution.

Menurut Saifuddin, idea asal untuk menguruskan industri daging dan penternakan komersil itu dimulakan sejak 2003 oleh sebuah syarikat bumiputera yang menghabiskan kira-kira RM300,000 sebagai persediaan.
Bagaimanapun, penganugerahan projek itu tidak mengikut prosedur yang betul apabila usahawan tersebut tidak dipanggil semasa proses bidaan.

“Semasa mempertimbangkan syarikat-syarikat yang berkelayakan dan berpotensi untuk menerajui Projek Fidlot Kebangsaan, anak muda ini yang telah menghabiskan bertahun-tahun masa dan wang simpanannya untuk mengejar cita-cita beliau, tidak pula dipanggil untuk turut serta dalam proses tender,”

“Oleh sebab itu, KEADILAN bertegas bahawa proses anugerah projek ini kepada NFC milik keluarga Datuk’ Seri Shahrizat Jalil adalah tidak telus dan menyeleweng,”

“Ini kerana salah satu syarikat yang paling awal mencadangkan projek ini langsung tidak dipanggil untuk turut serta,” kata Ahli Parlimen Machang itu.

Malah katanya, cadangan asal yang dibincangkan di peringkat Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, MARDI dan Kerajaan Negeri Sembilan langsung tidak membabitkan suntikan dana atau pinjaman dari kerajaan.

Kata Saifuddin, syarikat terbabit hanya memohon persetujuan Kerajaan Negeri untuk menyewa tapak ladang penternakan di Gemas, selain mendapatkan khidmat nasihat dari pakar teknologi penternakan di Washington State University.

Cadangan itu juga katanya telah dibawa ke peringkat tertinggi di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta Kerajaan Negeri Sembilan.

“Ini telah menjadi penyakit di dalam Umno bila mana idea dan keringat orang lain dicuri untuk menyelewengkan wang rakyat,” kata beliau.

Sehubungan itu, KEADILAN katanya mendesak Perdana Menteri bertanggungjawab dengan keputusan yang dibuat oleh Jawatan Kuasa Projek Impak Tinggi yang dipengerusikan beliau kerana keputusan itu penuh dengan unsur penyelewengan dan menindas usahawan muda.

Sharizat Lembu Menyinsing Lengan Baju?

Untuk makluman Shahrizat dan geng-geng lembu yang bersorak riang dengan cabaran ketuanya, kami dipihak blog Kerabu Bersuara tidak pernah gentar!

Buat apa nak takut dengan golongan yang banyak membuat rosak dalam negara ni?

Kenapa Rakyat Perlu Bantah Undang-Undang Perhimpunan Aman

SHAH ALAM, 1 DISEMBER : Bantahan terhadap Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 bukan sahaja melibatkan golongan profesional seperti Majlis Peguam tetapi turut ditentang oleh golongan petani.

Realitinya Shamudin Abdullah, 44, seorang petani dari Sekinchan yang setiap hari membanting tulang dibendang telah lama bersabar disamping melakukan pelbagai usaha menuntut hak yang dijanjikan Kerajaan Pusat kepada golongan petani sepertinya.

Seperti yang dijanjikan, petani sepatutnya diberikan Insentif Peningkatan Hasil Padi (IPH) sebanyak RM650 bagi setiap tan tetapi malangnya ia hanya dilaksanakan pada tahun pertama sahaja.

Tanpa diberitahu, insentif berkenaan tidak lagi diberi pada tahun berikutnya menyebabkan golongan petani sepertinya tertunggu-tunggu hak yang sepatutnya milik mereka.

Pelbagai usaha dilakukan untuk menyatakan ketidakpuasan hati mereka namun masih menemui jalan buntu.

Maka, langkah terakhir yang diambil Shamudin dan rakan-rakannya adalah dengan turun berdemonstrasi menuntut suara mereka didengari dan hak dikembalikan.

Kesan daripada demonstrasi itu, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bersetuju untuk menjelaskan tunggakkan pembayaran insentif tersebut sebanyak RM110juta bermula 4 Disember depan.

Situasi yang diceritakan oleh Shamudin, jelas menunjukkan kebebasan bersuara serta berhimpun adalah penting untuk dipelihara bagi menjamin rakyat ada peluang menyalurkan pandangan dan ketidakpuasan hati mereka.

“Kami berusaha untuk bertemu dengan menteri sendiri bagi berbincang namun tidak pernah dilayan. Akhirnya keputusan dibuat untuk membuat demonstrasi.

“Bila berdemonstrasi isu ini akan didengari dan mendapat perhatian pelbagai pihak khususnya pihak kerajaan,” kata Shamudin.

Atas faktor-faktor inilah, beliau berpendapat tindakan Dewan Rakyat meluluskan RUU Perhimpunan Aman hanya dalam tempoh tiga jam sebagai satu sekatan terhadap rakyat.

“Rakyat tidak perlu disekat daripada mengadakan tunjuk perasaan asalkan ia berlaku dalam keadaan aman. Ini penting bagi membuka mata kerajaan terutamanya dan orang awam akan sesuatu isu dan secara tidak langsung menjadikan rakyat lebih cerdik dan maju.

“Golongan seperti kami tidak mempunyai pendidikan tinggi. Namun apa yang kami lakukan ini bukanlah untuk mencetus huru-hara, kami tidak membawa senjata sebaliknya hanya suara kami menuntut hak kami,” katanya.

RUU Perhimpunan Aman mencetuskan kontroversi antaranya memendekkan notis mengadakan perhimpunan daripada 30 hari kepada 10 hari kepada pihak polis.

Malah polis juga diberi kuasa mengadakan sekatan ke atas pelbagai aspek perhimpunan termasuk dan tempat kononnya bagi menjamin ketenteraman awam.

Sementara itu, Kerajaan Selangor turut kesal apabila RUU Perhimpunan Aman diluluskan terburu-buru tanpa berunding dengan pihak-pihak yang berkepentingan, termasuk pembangkang serta kumpulan-kumpulan masyarakat sivil.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu kenyataan media memaklumkan pendirian bahawa RUU Perhimpunan Aman sepatutnya dikaji dengan lebih teliti kerana sekatan yang dibuat tidak bertepatan dengan kebebasan berhimpun yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan.

“Bagi memastikan agar rakyat peka terhadap hak demokrasi mereka, Kerajaan Negeri merancang untuk menganjurkan forum bagi menerangkan hak-hak rakyat di sebuah negara yang mengamalkan demokrasi mengikut Perlembagaan,” kata Menteri Besar sambil menambah pihaknya tidak akan berdiam diri apabila ada cubaan menindas hak rakyat.

Forum ini akan dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri di bawah Program Pendemokrasian Rakyat yang menerima peruntukan RM15 juta di bawah Geran Selangorku seperti yang dibentangkan dalam Belanjawan Negeri 2012.

Oleh itu, kerajaan negeri menjemput pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menghantar cadangan bagaimana forum ini boleh dianjurkan dengan baik dan berkesan.

Najib beri bayangan PRU 13 akan diadakan tidak lama lagi

KUALA LUMPUR 1 Dis. — Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini sekali lagi memberi bayangan bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13)akan diadakan tidak lama lagi.

Najib, yang juga Presiden UMNO dalam ucapan perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2011 di sini, mengingatkan semua anggota parti supaya ‘merapatkan saf, menyalakan jamung dan menggigit sekuatnya perjuangan dengan geraham kita’ bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

"Palulah genderang perang, palulah ia tabuh-tabuhan dan tiupkanlah semboyan. Masanya sudah hampir, waktunya sudah tiba.

"Bingkaslah orang-orang UMNO, kita turun ke medan bakti,” katanya sambil melaungkan Hidup UMNO yang disambut gemuruh 2,711 perwakilan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Najib dalam amanatnya kepada perwakilan pada Selasa lepas mahu pimpinan parti di peringkat bahagian dan akar umbi bekerja secara luar biasa bagi menghadapi PRU-13 akan datang.

Perdana Menteri juga berpesan supaya para wakil bahagian parti jangan mengambil mudah PRU-13 kerana cabarannya pasti luar biasa dan yang paling getir bakal dihadapi oleh parti politik terbesar negara itu. — Bernama

Akta Himpunan Aman langkah ke belakang dalam demokrasi

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor kesal dengan tindakan kerajaan meluluskan Akta Himpunan Aman secara terburu-buru tanpa rundingan dengan pihak-pihak berkepentingan termasuk Pakatan Rakyat mahupun kumpulan-kumpulan masyarakat sivil.
“Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman yang dibentang oleh Perdana Menteri hanya akan membawa Malaysia beberapa langkah ke belakang dari segi demokrasi,” kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Menurut Khalid lagi, rang undang-undang itu jelas menyalahi semangat demokrasi kerana tidak meraikan kebebasan bersuara.

“Sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi, Malaysia sepatutnya lebih terbuka kepada perhimpunan aman kerana ianya adalah salah satu cara rakyat menyuarakan pandangan dan pendapat mereka.”

Justeru katanya, kerajaan Selangor akan menganjurkan forum bagi memastikan rakyat tahu dan jelas akan hak-hak mereka dalam negara demokrasi.

“Bagi memastikan agar rakyat peka terhadap hak demokrasi mereka, Kerajaan Negeri merancang untuk menganjurkan forum bagi menerangkan hak-hak rakyat di sebuah negara yang mengamalkan demokrasi mengikut Perlembagaan.”
Tambahnya, forum ni akan dibiayai sepenuhnya Kerajaan Negeri di bawah Program Pendemokrasian Rakyat dengan peruntukan RM15 juta di bawah Geran Selangorku.
“Kita menjemput pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menghantar cadangan bagaimana forum ini boleh dianjurkan dengan baik dan berkesan.”

“Sebagai kerajaan negeri yang mengamalkan ketelusan dan kebertanggungjawaban, kami tidak akan berdiam diri apabila berdepan dengan cubaan untuk menindas hak rakyat.

Kami menyokong semua usaha sihat untuk memelihara dan menyuburkan prinsip demokrasi serta menentang sebarang agenda yang menyekat kebebasan rakyat bersuara,” katanya lagi.

Akta Himpunan Aman 2011 diluluskan pada 29 November 2011 oleh Ahli Parlimen Barisan Nasional. Ia menghalang sebarang bentuk himpunan aman yang tidak dimaklumkan kepada polis terlebih dahulu.

Akta itu sebelum ini menetapkan notis 30 hari perlu diberikan kepada polis sebelum sebarang himpunan aman berlangsung.

Namun, selepas dibantah ramai pihak, keperluan memberi notis itu dipinda kepada 10 hari sahaja.
Mereka yang terlibat dalam himpunan aman itu pula boleh didenda sehingga RM10,000 seorang.

Pada hari sama ia diluluskan, Majlis Peguam diiringi lebih 1,000 peguam berarak ke Parlimen membantah akta tersebut.

Perhimpunan Agung UMNO 2011 Dan Harapan- Dr Asri

Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Saya pulang ke Malaysia untuk seketika. Jadi panel forum dan tetamu jemputan sempena Persidangan Agung UMNO 2011. Saya rasa wajar saya hadir, sebab Muktamar PAS yang lepas saya telah hadir sebagai tetamu. Menghadiri, mendengar secara langsung, merasai suasana, bertemu sahabat handai yang menjadi pimpinan parti-parti tersebut mempunyai ‘sentimental values’ yang tersendiri.

Saya berterima kasih kepada kedua-dua parti tersebut yang masih sudi menerima saya sebagai sahabat. Bahkan pada 27hb November baru-baru ini saya juga dijemput oleh PKR untuk memberikan ucaptama Maal Hijrah sempena Mesyuarat Agung mereka. Namun saya tidak dapat hadir atas faktor masa. DAP juga pada tahun 2008 pernah menjemput saya semasa mensyuarat agung mereka untuk memberikan syarahan khas. Masa itu saya juga tidak dapat hadir atas sebab tertentu.

Secara umumnya, saya rasa parti-parti politik di Malaysia masih lagi mempunyai ruangan untuk pandangan pihak luar parti yang kadang-kala berbeza di sana-sini. Juga, mungkin saya boleh anggap itu sebagai satu pengiktirafan kepada pihak ketiga yang tidak terikat dengan parti tertentu. Bukan pengiktirafan peribadi, tetapi untuk semua pihak yang ‘sealiran’ di sudut ketidakterikatan dengan parti tertentu.

Third Force

Hal ini memang wajar, atas banyak sebab. Antaranya; pihak ketika atau ‘third force’ dalam negara ini bertambah meningkat. Golongan yang tidak terikat dengan lambang parti mungkin melebihi 65 peratus dalam negara ini. Mereka ini biasanya terdiri dari golongan yang ‘mesra’ dengan dunia teknologi maklumat yang pelbagai dewasa ini.
Biasanya mereka terdiri dalam kalangan golongan muda yang sukar untuk digula-gulakan, atau diperbodohkan di segi maklumat. Sekeras mana regim-regim Arab pun telah tergugat dan tumbang akibat ledakan dunia komunikasi dan maklumat moden ini. Keadaan ini nampaknya diakui oleh ucapan Presiden UMNO Dato Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pemuda UMNO YB Khairy Jamaludin dalam ucapan mereka di perhimpunan agung ini.

Saya melihat suasana Perhimpunan UMNO kali ini ada ‘ketegangan perasaan’ memandangkan pilihanraya ke-13 sudah hampir. Isyarat dalam banyak ucapan memberi tanda jika UMNO gagal kembali menawan hati rakyat, tidak mustahil untuk berlakunya pertukaran kerajaan pusat.

Kebimbangan itu dilahirkan samada untuk menjadikan ahli-ahli UMNO lebih bersungguh, ataupun sememang ada isyarat ‘merah’ yang telah dilaporkan oleh jentera-jentera parti tersebut. Cumanya, saya dapati penulis ucapan Presiden kurang kemas dalam menyampaikan mesej sebelum pilihanraya itu. Tidak dari segi bahasa, tidak juga kekemasan di sudut isinya. Saya menjangkakan sesuatu yang lebih mantap daripada itu.

Harapan

Dalam artikel saya yang lepas saya telah sentuh satu faktor terpenting yang mempengaruhi seseorang yang berakal dalam mengundi. Faktor itu perlu disedari oleh semua parti.

Faktor itu ialah ‘harapan’. Seseorang yang berakal akan mengundi atau memilih parti yang paling dapat memberikan ‘harapan’ sebagai kerajaan yang akan memerintah.
Ini kerana politik adalah soal pengurusan kehidupan. Kita semua ini hidup atas ‘harapan’ yang ada dalam jiwa kita. Harapan terhadap masa depan diri sendiri, atau keluarga atau sesiapa yang kita cinta dan sayang menyebabkan kita terus berjuang untuk hidup. Bahkan, sehingga perjuangan kita merebut keredhaan Allah juga adalah atas harapan wujudnya rahmat Allah yang luas, keampunan dan syurga yang dijanjikan. Maka agama menyuburkan harapan dalam jiwa insan. Para penyampai ajaran agama disuruh menanamkan harapan dalam jiwa setiap manusia. Ini jelas menerusi firman Allah: (maksudnya)

“Katakanlah: “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”. (Surah al-Zumar: 53).

Justeru, sesiapa yang menyebabkan manusia putus harapan terhadap Tuhan maka dia akan dihukum.

Dalam konteks itu Nabi s.a.w bersabda:
“Jika seseorang berkata: binasalah manusia, maka dialah yang paling binasa” (Riwayat Muslim).

Maksud jika dia menyatakan bahawa sudah tiada rahmat atau keampunan untuk orang lain, maka dialah yang paling jauh dari rahmat dan keampunan. Ini kerana, apabila manusia putus asa dari rahmat Allah maka dia akan terus menjadi pemaksiat atau penderhaka kepada Allah. Apa lagi yang hendak dilakukan apabila sudah tiada ruang keampunan dan kerahmatan melainkan meneruskan hidup ‘menikmati’ dosa. Maka, sesiapa yang menyebabkan orang putus asa, dia amat ‘celaka’. Segala kerosakan akan berlaku akibat putus asa tersebut.

Dalam kehidupan duniawi, sesiapa putus harapan maka dia akan putus asa. Sesiapa yang putus asa sanggup melakukan apa sahaja bagi menamatkan kehidupan, atau menghidupkan harapan yang baru. Jangan hairan jika orang yang putus asa itu membunuh diri, atau meletupkan diri bersama orang lain, ataupun melakukan kerosakan yang dahsyat. Tiada apa yang hendak dibimbangkan lagi. Tiada apa yang hendak ditakutkan lagi. Itulah yang akan terjadi akibat putus harapan.

Harapan Politik

Dalam politik itulah kuncinya. Mana-mana pemerintah yang menyebabkan rakyat putus asa maka segalanya mungkin berlaku. Rakyat Arab yang melakukan ‘Arab Spring’ yang sanggup mati ataupun hancur negaranya hanyalah berpunca dari putus harapan. Walaupun kerajaan yang memerintah mereka memberitahu tentang bahaya tindakan mereka, namun apa yang hendak mereka endahkan.
Mereka sudah putus harapan. Sekurang-kurang dengan tindakan mereka yang mungkin dilihat lebih merbahaya bagi orang lain, tapi bagi mereka mungkin menghidupkan harapan baru. Bahaya atau lebih bahaya atau kurang bahaya hanyalah sama bagi sesiapa yang sudah tiada harapan.

Maka dalam pemilihan politik ataupun pilihanraya kuncinya ‘harapan’. Jika sesuatu kerajaan menguburkan harapan rakyat, maka kerajaan itu juga akan terkubur. Jika dia dapat menghidupkan harapan, maka kerajaan itu akan terus segar dan disokong.

Maka itu sebabnya Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa awal pemerintahannya memenangi pilihanraya dengan begitu besar dalam sejarah UMNO, sebab harapan kepadanya semasa itu begitu besar. Namun, selepas beberapa tahun memerintah, harapan itu makin hancur, maka pada pilihanraya berikutnya tsunami politik pun berlaku.

Apabila Dato Seri Najib Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri, maka beliau berusaha menghidupkan semula harapan yang makin pudar terhadap UMNO. Cumanya, dalam menghidupkan harapan di sudut tertentu, kadang-kala dibunuh pula harapan yang lain atau oleh pihak yang lain. Dalam UMNO sendiri ada penghidup dan pembunuh harapan.
Kemudian, perkataan ‘harapan’ itu sendiri begitu luas dan sangat relative. Harapan rakyat setiap negara, generasi dan kumpulan itu berbeza. Kerajaan yang berjaya ialah kerajaan yang dapat menghidupkan setiap harapan ini. Parti politik yang gagal mengenali harapan rakyat, ia adalah politik yang tidak relevan untuk berkuasa atau dipilih. Kerencaman harapan itu memerlukan ketangkasan politik untuk mengenali dan berinteraksi dengannya.

Persaingan Harapan

Perbezaan harapan itu sangat penting untuk dikenali. Dalam negara seperti Malaysia yang sudah maju banyak langkah ke hadapan, harapannya bukan lagi seperti negara-negara miskin yang mengharapkan makanan dan tempat perlindungan untuk meneruskan hidup. Bantuan wang dalam sampul, beras dalam kampit, gula dan teh yang dihulurkan oleh wakil rakyat bukan lagi menjadi harapan dalam banyak keadaan di negara seperti kita.

Ramai yang sudah cukup dan melebihi cukup di sudut itu. Harapan mereka mungkin beralih kepada hak-hak kerakyatan yang lain seperti kebebasan berpolitik, bersuara, kerajaan yang cekap dan telus, kesamarataan hak dan pelbagai lagi. Inilah kesan globalisasi.

Mereka akan bandingkan diri mereka dengan tempat lain yang lebih baik. Mereka hendakkan yang terbaik untuk mereka. Dalam era ini, jangan salah percaturan bahawa apabila rakyat cukup makan, maka mereka pun akan diam. Jika tidak, masakan negara mewah seperti Arab Saudi, Kuwait dan Bahrain juga menghadapi ancaman kebangkitan rakyat. Semuanya, kerana harapan yang lebih besar berkembang selari dengan perkembangan sesebuah negara.

Dalam negara kita, persaingannya ialah persaingan siapakah yang paling dapat memberikan harapan kepada rakyat. Mungkin rakyat belum putus harapan, tetapi mereka meneliti siapakah yang paling dapat memenuhi harapan. Dengan rekod hampir tujuh dekad memerintah, dengan pelbagai jasa dan juga isu-isu yang mencontengi jasa, apakah UMNO masih menjadi harapan rakyat? Dengan perubahan ‘harapan’ bagi jenerasi baru, apakah UMNO masih relevan untuk generasi kini menaruh ‘harapan’?

Inilah persoalan yang mesti dijawab oleh UMNO pada hari ini. Rakyat yang mengundi parti lain, bukan semestinya bencikan UMNO, tapi mungkin merasakan harapan mereka berada di pihak yang lain. Rakyat yang membenci UMNO pula bukan semestinya menyokong parti lain, tetapi mungkin kerana merasakan UMNO telah menghancurkan harapan mereka. Rakyat yang menghargai jasa UMNO yang lalu bukan semestinya akan mengundi UMNO pada masa ini kerana mungkin ‘harapan’ itu sudah berubah dalam persekitaran yang baru.
Inilah yang sepatutnya perwakilan UMNO kena fikirkan. Sejauh manakah sesebuah parti dapat menangani harapan rakyat, sejauh itulah ia akan menguasai undi. Jika UMNO terus berjaya, UMNO akan terus menang. Jika tidak, maka sebaliknya!

Selak Lagi Kain Shahrizat. Biar Rakyat Tahu Busuk Baunya!

KUALA LUMPUR 1 Dis : Ketua Wanita KEADILAN menyifatkan keengganan Datuk Seri Shahrizat Jalil menjawab isu skandal National Feedlot Corporation (NFC) kerana takut menghadapi perkara sebenar.
“Dia (Shahrizat) hanya berani berkokok digelanggangnya sendiri dan perwatakan yang ditunjukkan sangat kolot dan dangkal. Ia langsung tidak menunjukkan perwatakan wanita Islam dan Menteri,” katanya pada keadilandaily.

Menurut Ahli Parlimen Ampang itu, Shahrizat sepatutnya menjawab pendedahan penyelewengan duit rakyat dan bukannya berdalih dari isu pokok malah mengeluarkan kenyataan angkuh.

“Dia begitu angkuh dan tidak mengapa, lagi dia bising lagi dia kena. Tunggu ada lagi pendedahan kerana kita (KEADILAN) tidak meremehkan isu yang berkaitan duit rakyat,” tegasnya.

Tambah Zuraida bahawa KEADILAN juga tidak akan gentar sekiranya Ketua Wanita Umno itu mengambil keputusan untuk bertindak menyaman parti di mahkamah kerana mempunyai bukti yang kukuh.
“Kalau dia nak saman, dia samanlah. Saya pasti dia tidak akan menang. Kita ada bukti dan sampai sekarang dia tak boleh jawab, dia hanya boleh jawab sewaktu perhimpunan Umno sahaja,”sindirnya.

Menteri Pembangunan Wanita dan Masyarakat itu hari ini tidak mahu mengulas mengenai kemelut membabitkan NFC sehari selepas beliau menyampaikan ucapan yang berapi-api mengecam KEADILAN berhubung isu itu.

Semalam Shahrizat turut memberi amaran keras kepada pemimpin KEADILAN kerana memainkan isu projek lembu yang diterajui suaminya malah menafikan penglibatan beliau dalam projek tersebut.

KEADILAN sebelum ini membongkar penyelewengan dana sebanyak RM250 juta yang dilakukan NFC dan mendakwa hampir RM10 juta digunakan untuk membeli kondominium mewah di Bangsar.
Ia direkodkan sebagai bayaran pinjaman kepada National Meat and Livestocks Corporation Sdn Bhd (NMLC), yang juga milik keluarga Shahrizat.

Pagi tadi pula Jingga 13 membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dang Wangi mengenai empat penyelewengan terbaru NFC melibatkan wang RM5 juta.
Ini ekoran dari pendedahan yang dibuat oleh Pengarah strategi KEADILAN, Rafizi Ramli mengenai pembelian sebuah kereta mewah Mercedes Benz RM534,622 pada Disember 2009.

Dana sebanyak RM3,363,507 turut disalurkan National Meat Lives Corporation (NMLC) syarikat berkaitan NFC untuk membeli dua bidang tanah di Putrajaya pada tahun 2009 serta RM455,423 dibelanjakan untuk percutian.

Mengapa UMNO takut kepada DAP? – Oleh Fairuz Azhan

Ia merupakan fenomena yang luar biasa yang mana DAP setiap hari mendapat publisiti yang meluas dari media massa bahasa Melayu kawalan UMNO. Jika dahulu musuh mereka nombor satu ialah PKR dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kini tumpuan mereka lebih teralih kepada DAP.

Jika kita mengamati lidah rasmi UMNO, Utusan Malaysia, yang paling banyak dihentam dan diberi publisiti (walau pun negatif) ialah DAP. Bukannya dalam kadar yang sedikit liputannya, tetapi bermuka-muka surat setiap hari.

Lim Guan Eng dan Tony Pua merupakan antara yang tokoh-tokoh DAP paling popular di akhbar tersebut. Setiap hari ada ada saja tentang beliau. Orang Melayu yang tidak pernah mendengar DAP atau nama-nama pemimpinnya kini sudah tahu siapa mereka.

Hingga saat ini dalam Perhimpunan Agung UMNO pun, DAP yang paling banyak disebut. Para perwakilan UMNO tidak perlu buat kajian atau persediaan untuk berucap; cukup sekadar membuat tuduhan liar dan fitnah seperti ‘DAP parti rasis’, ‘ejen kristianisasi’, ‘anti- Raja’, ‘anti-Melayu’, ‘semua penyokong DAP adalah bangsat!’.

Itulah antara yang dilaungkan di PWTC ketika ini. Hinggakan ucapan Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin pun menyebut ‘DAP’ lebih 60 kali. Sememangnya, jika anda menyebut DAP kepada orang UMNO, andalah yang paling ‘cool’.

Apa yang mereka buat ialah hentam DAP habis-habisan. Benar atau tidak, itu tidak penting. Lagi pun jika orang nombor dua parti sudah memaki-hamun DAP, tentulah yang di bawah lebih terhegeh-hegeh mahu membodek bos mereka.

Jadi, mengapa DAP ditakuti oleh UMNO?

Terlalu kerap difitnah, orang ingin tahu sebab difitnah

DAP merupakan antara parti masyarakat majmuk yang paling lama wujud di Malaysia. Sejak dari awal penubuhannya sudah terdapat ahli dan calon Melayu dalam parti.

Menyedari hakikat ini, UMNO dari awal lagi melabel DAP sebagai parti cauvanis Cina dan komunis kerana ia memang berniat mahu orang Melayu melihat DAP sebagai sebuah parti yang mahu menghancurkan orang Melayu.

Menurut propagandis UMNO, itulah pendirian dan tujuan asal DAP – semata-mata mahu menghancurkan Melayu. Berjaya juga propaganda itu sepanjang tahun-tahun 1970-an hingga 1990-an.

Namun apa yang jelas, sekarang propaganda fitnah besar-besaran ini bagaikan menetak kaki sendiri kerana lebih ramai pula orang Melayu mahu menyertai DAP sejak akhir-akhir ini.

Barangkali itu mungkin kesan terbalik daripada fitnah. Bagaikan gerakan anti-Islam yang memburuk-burukkan Islam, tetapi semakin teruk difitnah, semakin ramai orang ingin mengetahui mengenai Islam, dan akhirnya ramai pula memeluk Islam setelah mengetahui perkara yang sebenar.

Seperti mana mangsa fitnah yang lain, semakin banyak fitnah dilontarkan kepada DAP, semakin ramai orang ingin mencari kebenaran. Itu hakikat di mana-mana pun, dan itu juga merupakan sebab utama media alternatif meletup hebat.

Semuanya kerana orang ingin mencari kebenaran, iaitu selain ‘kebenaran’ yang disiarkan dalam akhbar harian atau ditayangkan oleh TV3 dan RTM.

Demokrasi sosial untuk semua kaum, agama

Jika orang mencari kebenaran tentang DAP, mereka akan dapati bahawa di sebalik segala fitnah, DAP merupakan sebuah parti politik yang memperjuangkan sesuatu yang baik. Ia merupakan sebuah parti demokrat sosial yang percaya pada sebuah sistem ekonomi terbuka yang menyediakan jaring keselamatan untuk rakyat berpendapatan rendah.

DAP juga sebuah parti yang berunsurkan nilai-nilai sosial di mana kebajikan masyarakat menjadi agenda paling utama. Oleh itu, ia sentiasa menjaga dan mengutamakan kebajikan masyarakat terutamanya mereka yang miskin dan tertindas oleh sistem.

Kalau dulu siapa pun tidak percaya dengan hasrat murni DAP, kini ia sudah memimpin kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang dan menjadi rakan kongsi kerajaan negeri Selangor. Rakyat kini boleh melihat sendiri kejayaan hebat di negeri-negeri Pakatan apabila rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan dapat dibenteras.

Kita lihat sahaja di Pulau Pinang di mana ia merupakan negeri pertama di Malaysia yang telah membasmikan secara keseluruhan kemiskinan tegar di negeri tersebut. Ya, anda membaca dengan tepat. MEMBASMI KEMISKINAN TEGAR SECARA 100 peratus, dan kerajaan Pakatan Pulau Pinang kini merancang untuk membasmi kemiskinan keseluruhan pula di negeri tersebut menjelang 2015.

Ini hasil pegangan DAP kepada ideologi demokrasi sosial yang baik dalam mengutamakan rakyat. Ramai Melayu yang telah menyertai DAP atas keadilan ideologi demokrasi sosial, malah ideology ini dengan jelas menolak komunisme, kerana ia menerima kehadiran pasaran terbuka dengan jaminan bahawa pekerja dan rakyat sentiasa dijaga.

Mana-mana orang Melayu yang mencari kebenaran tentang DAP akan tertarik dengan ideologi ini, terutama setelah sedar bahawa parti itu bukan komunis dan bukan untuk mana-mana kaum. Ia adalah parti bukan kaum yang memperjuangkan hak untuk semua kaum.

Hanya mereka yang terikat dengan minda perkauman akan kekal dengan prejudis yang telah ditanam kepada mereka oleh UMNO.

UMNO yang tiada hujah atau jawapan kepada alternatif yang ditawarkan oleh DAP, telah mengambil jalan mudah – apabila gagal berhujah, tuduh dan tohmah sahaja lawan politik. Kerana para pemimpin UMNO gagal berhujah secara intelektual, mereka memilih untuk membakar emosi perkauman dengan membuat fitnah semata-mata untuk menakutkan orang Melayu supaya tidak berani mencari kebenaran.

Malah, isi kandungan fitnah itu tidak banyak beza dengan yang dicanangkan pada akhir tahun-tahun 1960-an dulu. Yang berbeza hanyalah zaman dulu tidak ada telefon bimbit, sms, internet, blog, facebook, twitter dan sebagainya.

DAP adalah segalanya yang bukan UMNO

Jika UMNO sebuah parti untuk satu kaum sahaja, DAP pula sebuah parti pelbagai kaum. Jika UMNO parti kronisme dan korupsi, DAP merupakan parti CAT (Cekap, Akauntabel, Telus). Jika UMNO parti mencari kekayaan individu, DAP parti yang memperkayakan rakyat dengan dasar demokrasi sosial. Jika orang muda tidak boleh bersuara dalam UMNO, dalam DAP orang mudalah menjadi tunjang.

Perbezaan DAP dan UMNO ini bagai langit dan bumi. Dan konsep inilah yang boleh menggoncangkan dunia realiti UMNO dan negara.

Jika pengasas UMNO Onn Jaafar mempunyai wawasan parti berbilang kaum, UMNO telah terus menghalau beliau keluar parti. Persoalannya, mengapa tidak boleh? Mengapa orang Melayu harus ditakutkan kepada sebuah parti politik yang berbilang bangsanya?

Walau pun dalam realiti politik Malaysia pada hari ini ramai mengganggapnya tidak realistik kerana dasar pecah dan perintah penjajah British dan BN, jika pada satu hari kita boleh meruntuhkan tembok perkauman dan segalanya berbeza tentang kita, bukankah ini satu impian yang dapat dicapai?

Kita harus berimpian bahawa satu hari nanti api perkauman UMNO dapat dipadamkan dan kita nyalakan api semangat anak Malaysia untuk mengangkat tamadun sebuah bangsa (nation) Malaysia yang mana kita 100 peratus bebas daripada kebencian kaum.

Segala yang buruk tentang UMNO

Dalam Perhimpunan Agung UMNO ini, kita dapat melihat segalanya yang buruk tentang UMNO. Yang paling jelas, untuk mereka terus kekal relevan, pemimpin mereka hanya tahu membakar api kebencian kaum.

Yang mereka tidak nampak ialah peracunan minda orang Melayu inilah yang akan membinasakan Melayu sendiri. Ini adalah kerana fitnah mereka terhadap DAP sudah terlajak kepada memburukkan kaum lain, terutama Cina dan India (contohnya kata-kata “semua penyokong DAP adalah bangsat”).

Tanpa kebencian memupuk kebencian terhadap kaum lain, pemimpin UMNO tiada modal lain kecuali mengajak Melayu sahaja untuk terlibat dalam politik mereka.

Tetapi semakin ramai orang Melayu sedar bahawa UMNO tidak semestinya Melayu. Anti-UMNO tidak pernah sama dengan anti-Melayu. Itulah mitos selama ini yang cuba ditonjolkan UMNO, bahawa UMNO = Melayu.

Oleh kerana itu, melalui media massa yang mereka kuasai, para pemimpin UMNO cuba menunjukkan bahawa kritikan terhadap korupsi dan salah guna kuasa UMNO adalah serangan terhadap Melayu; dan serangan terhadap syarikat ternak lembu yang diberi wang oleh kerajaan kepada satu keluarga Menteri tetapi gagal mencapai matlamat, sebaliknya membeli kondominium dan kereta mewah pula, itu dianggap sebagai serangan terhadap UMNO dan hak Melayu.

Yang jelas, UMNO semakin takut kepada DAP kerana bersih, adil dan saksamanya DAP itu, selain urus tadbir CAT, secara terbuka mendedahkan kelemahan dan kepincangan sistem UMNO.

Dan jika Melayu akhirnya menerima dasar-dasar dan amalan DAP (walau pun tanpa perlu menyertai DAP), maka UMNO tidak akan relevan lagi buat selama-lamanya. Itulah mengapa UMNO amat takutkan DAP. Itulah sebabnya DAP menjadi mangsa fitnah setipa hari. – Roketkini.

Persidangan Umno tiada agenda rakyat, hanya hentam pembangkang

KUALA LUMPUR: Perjalanan Perhimpunan Agung Umno bukti jelas bahawa parti itu masih lagi angkuh dan tidak mahu mengakui kesilapan-kesilapan mereka.
Menurut Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Khairul Anuar, rakyat memerhati dengan jelas persidangan itu yang disiar TV arus perdana secara meluas.

Terpalit dengan pelbagai skandal, yang terbaru skandal lembu NFC, rakyat mahu melihat sama ada Umno akan mengakui kesilapan mereka, kata Khairul Anuar yang lebih dikenali sebagai Jonah.
“Kita tak lihat ‘self-criticism’ ada berlaku dalam Umno. Soal laporan Ketua Audit Negara langsung tidak dibincangkan dalam perhimpunan mereka.

“Kita lihat isu skandal lembu NFC, semua pertahankan. Sedangkan, inilah masa terbaik untuk Umno memulihkan imej mereka dan membuktikan yang mereka benar-benar ikhlas berkhidmat untuk masyarakat.

“‘Denial syndrome’ masih lagi lagi menebal dalam Umno walau pun selepas 2008 dahulu mereka berikrar mahu berubah untuk mengembalikan sokongan rakyat,” kata Khairul Anuar.

Berbeza dengan Umno, Presiden KEADILAN, Datuk Seri Wan Azizah bertekad untuk membariskan calon yang tidak akan mengkhianati perjuangan parti dalam pilihan raya umum akan datang.

Ini kerana, KEADILAN sebelum ini dikhianati beberapa Ahli Parlimen yang melompat parti dan berpaling tadah kepada Umno demi kepentingan peribadi.

Beliau membuat kenyataan tersebut dalam ucapan dasar pada Kongres Nasional KEADILAN kelapan di Johor Bahru dua minggu lalu.
Perhimpunan Agung Umno yang berlangsung dari 29 November sehingga 3 November esok turut menyaksikan pelbagai kata-kata nista dihamburkan kepada Pakatan Rakyat.

Perkataan seperti ‘pondan’, ‘bapuk’ dan cubaan mengaitkan DAP dengan insiden 13 May diucapkan perwakilan yang membahaskan ucapan dasar pimpinan tertinggi.

Mengulas perkara ini, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kayat menyifatkan Umno memilih strategi ‘menyerang’ parti-parti Pakatan Rakyat kerana mahu menutup kelemahan dalaman mereka.

“Kalau tak menyerang, perwakilan akan sebut tentang masalah dalaman parti. Namun, kita lihat ia tetap dibangkitkan contohnya pemilihan ‘winnable candidates’ untuk pilihan raya. Inilah masalah dalaman Umno yang sangat kritikal,” kata Suhaizan.

Skandal NFC yang tidak dibincangkan mahu pun diberikan perhatian juga adalah bukti bahawa parti itu sebenarnya sedang ‘busuk menuju kehancuran’ – seperti digambarkan mantan Presidennya, Tun Dr Mahathir, kata Suhaizan.
“Masalah dalam Umno tetap tidak boleh selesai seperti politik wang dan juga politik tikam belakang. Pada masa sama, masalah rasuah tidak diberikan perhatian oleh Umno.
“Ini yang Mahathir sebut dahulu – Umno sedang membusuk dari dari dalam. Mereka sedang menuju kehancuran, masanya sahaja kita tidak tahu,” kata Suhaizan.

Indeks Rasuah, BN Ibarat Burung Unta Benam Kepala

DAP hari ini menempelak sikap hiprokrasi dan dwi standard kerajaan BN kerana menolak kajian Indeks Persepsi RasuahTransparency International (TI) yang menunjukkan kedudukan negara yang merudum, tetapi pada awal tahun ini menyambut baik Indeks Daya Saing Global (GCI).

“Kerajaan Persekutuan BN jelas mengamalkan ‘double-standards’ dengan menolak laporan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) yang dihasilkan oleh Transparency International (TI) sebagai subjektif kerana ia memberi pandangan yang negatif tetapi menerima Indeks Daya Saing Global (GCI) oleh World Economic Forum sebagai objektif kerana gambaran lebih positif yang diberikan,” kata setiausaha agung DAP Lim Guan Eng dalam satu kenyataan.

Beliau merujuk kenyataan menteri kewangan kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, semalam yang berkata bahawa kedudukan CPI Malaysia yang menurun adalah “subjektif” dan “boleh dipersoal”. Ahmad Husni juga berkata bahawa kaji selidik yang berdasarkan persepsi tidak seharusnya digunakan sebagai kaedah penilaian.

“Kenapa GCI tidak dikatakan sebagai satu kaedah penilaian yang subjektif? Kenapa kaedah penilaiannya tidak dipersoal?

“Adakah begitu kerana laporannya memberi gambaran yang lebih positif?” soal Lim yang juga adalah Ketua Menteri Pulau Pinang.

Menurut beliau, sikap tidak sedar diri ini amat jelas apabila “kerajaan BN memuji diri” kerana kedudukan Malaysia telah meningkat lima tangga dari 26 kepada 21 dalam Indeks Daya Saing Global (GCI) World Economic Forum pada tahun ini.

Menurutnya, kerajaan masih cuba menafikan amalan rasuah yang berleluasa di negara ini meskipun menghadapi skandal seperti isu projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010.

“Ini adalah satu contoh penafian oleh kerajaan persekutuan BN yang tidak ingin mengaku bahawa keadaan rasuah semakin teruk walaupun perdana menteri telah menjalankan pelbagai program seperti Program Transformasi Ekonomi dan Program Transformasi Kerajaan.

“Kerajaan BN tidak seharusnya bersikap seperti burung unta yang membenamkan kepala dalam tanah tetapi mengaku bahawa negara kita sedang mengalami masalah rasuah yang serius,” katanya.

Menurut Lim, keengganan seorang “pakar ekonomi yang terpelajar” seperti Ahmad Husni untuk menghadapi hakikat menunjukkan bahawa tidak ada harapan untuk membasmi rasuah selagi negara berada di bawah pemerintahan Umno dan BN yang sanggup menggadaikan prinsip untuk kepentingan politik.

Dalam laporan TI, CPI Malaysia bagi tahun 2011 menurun untuk tahun ketiga berturut-turut kepada 4.3 mata dan kedudukan Malaysia jatuh ke tangga ke-60 daripada 183 negara, berbanding dengan tangga ke-37 pada tahun 2003 apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri.

Lebih teruk, laporan yang mengkaji selidik seramai 1,000 responden itu juga mengenal pasti bahawa pihak polis dan parti-parti politik merupakan institusi-institusi yang dilihat sebagai paling korup di negara ini.

Jangan mudah percaya berita di internet - Rosmah

KUALA LUMPUR 3 Dis. — Pelajar Malaysia yang menuntut di luar negara dinasihat supaya tidak mudah mempercayai sebarang khabar angin atau fitnah yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab di internet.

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor semasa memberikan nasihat itu berkata sebagai golongan terpelajar mereka tidak seharusnya mudah mempercayai sesuatu berita sebaliknya perlu menggunakan kewarasan akal untuk menilai kesahihannya.

"Jangan dengar fitnah...mereka ada peluang untuk belajar di luar negara, gunakan peluang itu dan gunakan akal fikiran untuk nilai sebarang isu,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan tertutup dengan anggota Kelab Umno Luar Negara di sini hari ini.

Rosmah berkata, pelajar berkenaan juga perlu memanfaatkan ilmu yang diperoleh semasa di luar negara untuk membantu kerajaan menjayakan segala program yang diatur terutama dalam bidang pelajaran. — Bernama

Kerabu: Mahasiswa tidak bodoh dan mudah ditipu macam puak umno la bik mama.

Demi nepostisme, Umno khianati Melayu – Khalid Jaafar

HULU SELANGOR: Di sebalik keangkuhan mentohmah Pakatan Rakyat sebagai pengkhianat, Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Khalid Jaafar mendedahkan, Umno sebenarnya parti yang mengkhianati Melayu.

“Umno kononnya pembela nasib Melayu tapi sebenarnya merekalah pengkhianat perjuangan orang melayu. Ini kerana wang rakyat diseleweng, rakyat dikhianati.

“Apakah ini parti yang akan terus memerintah negara dan membela nasib Melayu?” katanya.

Khalid turut membidas pimpinan Datuk Seri Shahrizat Jalil kerana keluarganya terlibat dalam penyelewengan RM250 juta melalui NFC.

“Kerajaan beri dana projek memajukan industri lembu supaya tidak bergantung dengan daging import. Ini tidak, duit itu dilabur untuk beli kondo,” katanya.

Menyeru rakyat supaya sedar pengkhianatan Umno dan menyelamatkan negara dari amalan nepotisme, beliau berkata, Umno ketandusan idea untuk memperkasa Melayu tetapi ligat mengutuk dan memfitnah Pakatan Rakyat.

“Umno menyebabkan krisis rasuah, salah guna kuasa. Ayuh, selamatkan Malaysia dan generasi akan datang cengkaman pemerintah ini,” katanya.

Naib Presiden KEADILAN, N Surendran pula menyifatkan, membebaskan negara dari Umno umpama membebaskan Malasia dari rasuah, kronisme dan nepotisme.

“Jika Pakatan Rakyat perintah, sudah pasti sesiapa saja akan dikenakan tindakan undang-undang. Jangan main-main dengan duit rakyat,” katanya.

Sepanjang Perhimpunan Agung Umno dari 29 November sehingga 3 Disember lalu, menyaksikan pelbagai kata nista, tohmahan dan fitnah dilempar terhadap Pakatan Rakyat.

Seleweng RM250 Juta Jumlah Kecil Bagi Umno

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan penyelewengan melibatkan RM250 juta bagi projek lembu adalah jumlah kecil bagi pemimpin-pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN).

Ini kerana katanya, mereka sudah biasa dengan penyalahgunaan kuasa duit rakyat melibatkan jumlah lebih besar seperti skandal Scorpene.

“Dana 250 juta, itu hanya kecil saja. Skandal Scorpene RM500 juta. Itu baru komisen,” kata Ketua Umum KEADILAN ketika menyampaikan Ceramah Perdana, ‘Malaysia Tanpa Umno’ di Hulu Selangor semalam.

Akhbar Suara Keadilan sebelum ini pernah mendedahkan dua lagi bayaran komisen berjumlah RM32.5 juta, selain RM493 juta yang didedah lebih awal dalam proses pembelian dua kapal selam Scorpene.

Dua komisen itu terbongkar selepas pihak berkuasa Perancis memperoleh dokumen hasil serbuan ke atas DNCS, syarikat yang membina dan menjual kapal selam kepada negara-negara dunia ketiga termasuk Malaysia.

Sebelum ini, sebuah laman web Perancis, Rue89 mendedahkan, syarikat Perancis, Armaris tidak pernah membayar Perimekar RM493 juta, sebaliknya ia dibayar kerajaan Malaysia sendiri.

Dalam ceramah sama, Anwar turut menemplak amalan nepotisme Umno BN yang memberikan pelbagai peruntukan kepada kaum keluarga Menteri dan pimpinan Umno.

“Apa istimewanya anak menteri untuk dapat jawatan tinggi (dalam NFC), ingat dia nak pegang lembu?” kata Anwar merujuk kepada skandal lembu NFC membabitkan peruntukan lebih RM250 juta daripada kerajaan kepada keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil.

NFC adalah syarikat menternak lembu kebangsaan yang dimiliki keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu dan menerima RM250 juta daripada kerajaan.

Setakat ini operasinya mengalami kerugian tetapi pada masa sama NFC didedahkan membeli dua buah kondominum mewah di Bangsar, membiayai percutian keluarga Shahrizat ke luar negara, dan pakej umrah.

Terbaru, NFC didedahkan membeli kereta Mercedes berharga RM534,622 serta dua bidang tanah berharga RM3,363,507 di Putrajaya.

Umno Hendak Meniru Pas

Betulah seruan yang dibuat oleh Pas, Pas Ganti Umno. Perubahan dan keperluan Pas untuk menggantikan Umno itu banyak alasan dan hujahnya. Bukan saja kerana kedudukan dan kegahan Umno akhir-akhir sudah merudum tetapi banyak idea yang diceduk dan hendak ditiru oleh Umno apa yang Pas lakukan.

Baguslah akhirnya Umno insaf dan memperakui akan kebenaran dilakukan Pas yang selama ini mereka cemuh dan keji dengan pelbagai kata-kata nesta dan sumpah seranah.

Misalnya kerajaan Pas Kelantan memperkenalan cuti bersalin sampai sebulan kepada isteri, cuti awam dua hari Sabtu dan Jumaat, kerajaan Pusat pimpinan Umno juga berbuat demikian. Kerajaan Kelantan melancarkan ar-rhnu kerajaan pusat juga mengarahkan bank dan institusi kewangan memperkenalkan ah-rhnu tetapi dengan nama lain.

Terbaru yang juga hendak menjadi ikutan Umno ialah supaya calon yang bertanding dalam pilihan raya mengadakan ba'iah untuk mengelakan calon melakukan sebotaj. Seorang perwakilan dari Terengganu, Kamaruddin Omar mencadangkan supaya Umno mengadakan bai'ah dengan bersumpah walahi, wabilahi dan wathalhi... mengaku taat setia kepada calon.

Sebelum ini Umno mempersendakan akan kaedah Pas dalam ikhtiar menjamin agar ahli taat setia dan tidak menyusahkan parti dengan sebotaj dan berpaling tadah dengan melakukan bai'ah - perjanjian untuk setia dengan parti. Macam-macam dituduh terhadap tindakan Pas itu sebagai tidak demokratik, bidaah dan sebagainya.

Tetapi hari ini setelah Umno sudah hilang kepercayaan kepada ahlinya, bimbang ahlinya akan melarikan diri maka kaedah (ikrar) itu juga dicadangkan diperkenakan. Menariknya semasa perwakilan itu mencadangkan demikian para himpunan melaung berkata setuju, setuju.

Persoalannya kini apakah bai'ah itu boleh berlaku di dalam Umno. Umno adalah parti sekular dan liat untuk mematuhi saranan ayat-ayat Quran dan menggunakannya sebagai hujah dan panduan dalam pentadbiran dan kepimpinan. Kalau mereka guna pun sekerat ayat sahaja, dipilih ayat-ayat yang sesuai dan cocok dengan jiwanya saja. Pada saya kalau Umno tidak kembali keseluruhan kepada Quran, bai'ah atau ikrar itu tidak akan membawa hasilnya.

Ikrar seperti dicadangkan itu bukan saja tidak akan dihormati tetapi ia juga akan diragui seperti mana sumpah laknat dilakukan oleh beberapa orang pemimpin Umno dalam menyakinkan orang ramai terhadap hujah dan apa yang dikatakan.

Pernah terjadi ada pemimpin Umno yang melakukan sumpah laknat, bersumah dengan versi disebutkan Kamaruddin Omar itu, tetapi ia tidak memberi kesan. Orang ramai tidak percaya kerana sudah mengenali akan kemunafikan dan kebejatan sosial mereka selama ini.

Jadi kalau orang-orang seperti mana tokoh itu diminta bersumpah, berikrar mereka akan bokeh bersumpah 10 kali sehari bukan di dalam masjid hatta di atas kubah masjid sekalipun dia sanggup tetapi sejauh mana sumpah dan ikrarnya akan dipatuhi sukar untuk dipercayai.

Sebenarnya sumpah dan ikrar itu hanya berlaku kepada orang beriman yang sudah sedia kuat pegangan dan ketauhidannya kepada Allah s.w.t. Sebebab itu di dalam ayat-ayat berhubung dengan perintah Allah disebut, wahai orang-orang beriman. Ertinya orang yang tidak beriman atau beriman sepenuhnya tidak terkena perintah dan arahan yang dimaksudkan ayat-ayat itu

Penasihat Agama MB T'Ganu Hina Islam? Ustaz Azhar Tolong Tibai Makhluk Ni!

Kamal Saidin merupakan ULAMA UMNO yang dipuja oleh UMNO kerana beliau seorang Ulama yang pandai putar belit fakta dan menggunakkan ayat Quran untuk menyokong tindakkan UMNO dan pemimpinya

Beliau berasal dari Kedah , sekarang menjadi Penasihat agama MB Terengganu.

Perhimpunan Agong UMNO Kali ini nama beliau naik sebab beliau petah berhujjah , tetapi sayang hari ini secara jelas beliau mempertikai hukum Allah dan putar belit agar hudud tidak dilaksanakan di Malaysia , inilah ulama yang merupakan syaitan yang berselindung dengan hujjah agama

Penasihat agama Menteri Besar Terengganu, Mohd Kamal Sadin hari ini mendakwa hukum hudud yang digubal oleh kerajaan negeri Kelantan adalah bertentangan dengan hukum Allah.

Bercakap pada forum berjudul ‘Hudud dan implikasinya terhadap bukan Islam di Malaysia’ di ibu pejabat MCA di Kuala Lumpur, Mohd Kamal berkata beberapa peruntukan dan Enakmen Hudud Kelantan 1993 adalah tidak mengikut al-Quran dan Hadis.

"Antaranya, Mukallaf (akil baligh) ditarifkan sebagai seseorang yang berusia lebih 18 tahun dan boleh berfikir dengan waras, ini undang-undang British dan Eropah, bukan undang-undang Islam.

“Dalam Islam, Mukallaf adalah pada usia 15 tahun."

Katanya lagi, mengikut undang-undang berkenaan, meliwat ke atas isteri juga dibenarkan.

"Dalam Islam, ini sepatutnya haram.”

Mohd Kamal juga menolak hujah PAS bahawa hukum hudud hanya akan membabitkan orang Islam kerana katanya, pada zaman Nabi Muhammad SAW, hukum itu juga terpakai kepada bukan Islam.

Menurut beliau di bawah hukum hudud PAS, mangsa rogol beragama Islam akan dihukum manakala bukan Islam yang merogol gadis atau wanita berkenaan tidak akan didakwa.

"Jadi, bagaimana boleh ada dua set undang-undang. Ini tidak adil.”

PAS, dakwa Kamal, sengaja menggubal undang-undang itu demi kepentingan politik mereka.

Bung Mokhtar Tibai Blogger Umno

Bung Mokhtar sticks to stand that Shahrizat must quit over NFC
By Shazwan Mustafa Kamal

KUALA LUMPUR, Dec 5 — Datuk Bung Mokhtar Radin today stood his ground and repeated his stand that Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil resign over the cattle scandal, despite growing criticisms from within Umno over his position.

The Kinabatangan MP’s action has earned him the ire and scorn of Umno supporters, with pro-Umno bloggers criticising him and going out of their way to defend the embattled Shahrizat.

In response, the outspoken Umno supreme council member said he was “well aware” that his remarks have made him unpopular among members within his own party, but stressed that the reason he did so was out of concern for the future of the Malay party.

“If there are even little cracks within Umno, it can cripple and destabilise the party in the elections. Whether or not this move of mine is seen as part of a vested interest, it is up to people to judge,” Bung Mokhtar (picture) told The Malaysian Insider.

“I do not expect my views to be agreed upon by all in my party. Everyone has differing views, so there will be a response, but I needed to say what has not been said,” he said.

The senior lawmaker, who hails from Sabah, charged that it was his “responsibility” to speak out on the matter, saying that he wanted to avoid the issue being a liability to Umno.

“I do not deny that Shahrizat has brought a lot of good to Umno, to the country, but it is not enough when there are mistakes,” he said.

In their attacks against Bung Mokhtar, pro-Umno bloggers have outlined Shahrizat’s past achievements and contribution as Wanita chief and a Cabinet minister.

But the senior Barisan Nasional (BN) backbencher stressed that Umno needed to look at what was happening “right now,” and how the National Feedlot Centre (NFC) issue was a dangerous one to the party if not dealt with effectively.

“Times are changing, people do not want to hear about history or past glories. We cannot continue to rely on Umno’s history, we need to look beyond this,” Bung Mokhtar said bluntly.

He appears to be the lone voice in addressing the touchy cattle scandal, as others appear to avoid or skirt the issue altogether.

When addressing delegates during the women wing’s assembly, Shahrizat said she had nothing to do with the RM250 million federally-funded cattle farming project and instead urged PKR president Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail to resign over the allegations.

She reportedly earned wild applause from wing members during her speech.

The Malaysian Insider however understands that Shahrizat’s explanation had failed to satisfy a number of leaders in the party who, like Bung Mokhtar, believe the senior minister should bow out of the coming polls.

Bung Mokhtar has been openly critical of the NFC scandal and was the first Umno leader who called on Shahrizat to explain herself.

The Auditor-General’s Report released last month had criticised the NFC, pointing out that it was now “in a mess”.

The report said production in 2010 was only 3,289 head of cattle or 41.1 per cent of the target set.

But Agriculture Minister Datuk Seri Noh Omar responded on October 31 that the project was a success as it met its target of 8,000 cattle by 2010 once 5,742 slaughtered cattle were taken into account.

The Malaysian Insider

Banjir Di Kajang : Selangor Bantu Sekolah & Rumah Kebajikan Terjejas Teruk

KAJANG, 5 Disember – Kerajaan Selangor akan menyalurkan bantuan kepada sekolah dan rumah kebajikan yang mengalami kerosakan akibat bencana banjir di Kajang bagi meringankan beban pihak berkenaan.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul khalid Ibrahim berkata, bantuan yang diberikan mulai minggu hadapan akan mengutamakan pihak bukan perniagaan. Ini kerana premis perniagaan kebiasaannya dilindungi insurans.

Antara bentuk bantuan yang akan diberikan termasuklah pemberian buku-buku baru dan menggantikan prasarana yang telah ditenggelami air.

Beliau yang hadir bagi melihat kerja-kerja pembersihan yang dilakukan oleh petugas Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) turut meminta Yang di Pertua MPKj, Datuk Hasan Nawawi Abd Rahman untuk memantau rumah kebajikan yang perlu dibantu.

Setakat ini kos kerugian daripada bencana tersebut dianggarkan tidak melebihi RM5 juta.

Ujar Abdul Khalid, satu pelan jangka panjang perlu dilakukan seperti mendalam dan melebarkan kawasan sungai bagi mengelakaan bencana seperti ini.

“Saya diberikan taklimat, lebar sungai sepatutnya 12m tapi sekarang hanya 8m. Masalah ini melibatkan gerai-gerai dan kita terpaksa meminta kerjasama daripada pemilik-pemilik gerai untuk kita perbetulkan semula supaya kita dapat semula rizab tanah kembali kepada 12m.

“Kita juga kena mendirikan dinding setinggi 1.5m. Kalau perkara itu dapat kita selesaikan, dengan hujan yang kita alami sekarang, Kajang boleh dielakkan daripada menghadapi banjir,” katanya.

Jelas beliau, perkara ini selari dengan usaha menyelesaikan masalah air kumbahan di dalam kawasan Kajang dibawah pelan Pembangunan Greater Kuala Lumpur dan Lembah Klang yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan.

Dibawah pelan ini, paip-paip besar yang bernilai RM500 juta akan dibina untuk mengalirkan air ke laut. Ini dilihat boleh menyelesaikan masalah banjir.

Mengulas lanjut, penaikan taraf sistem saliran pada tahun 2012 sudah diluluskan dengan jumlah RM3.5 juta.

Sementara itu, peniaga ditemui berkata, bencana banjir yang dihadapi ini mengakibatkan mereka mengalami kerugian yang besar.

Pemilik premis Fully Shop, Alvin Ling, 28 menceritakan ketika kejadian beliau tidak berada di kedai dan hanya dimaklumkan oleh pekerja beliau mengenai perkara ini.

Beliau yang baru dua tahun berniaga di kawasan ini mengalami kerugian sekurang-kurangnya RM50,000.

“Saya melihat kejadian ini dari CCTV. Selepas tiga minit air mula masuk ke kawasan kedai. Seorang pak cik memberitahu saya sepanjang 35 tahun tinggal di sini, sudah 10 hingga 12 kali kejadian banjir berlaku dan kali ini yang paling teruk,” katanya.

Dalam pada itu, pekerja premis Happy Home Store, Siti Hasmira Mohd Shariff, 21, berkata, kejadian ini berlaku dengan pantas tanpa disedari memandangkan hujan yang turun tidak begitu lebat.

“Masa kejadian dalam 2.30 petang. Kami semua tak perasan sebab masing-masing sibuk bekerja dan stok barang baru sampai. Habis semua barang rosak termasuk stok yang baru sampai,” katanya.

Pakatan Rakyat Selangor Harus Menambah Kerusi Dalam Pilihanraya ke-13

SHAH ALAM, 6 DISEMBER : Ketua Pembangkang Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar Pakatan Rakyat Selangor (Pakatan) supaya menambah kerusi Dun dan Parlimen selain mengukuhkan kedudukan di Selangor.

Laungan ini dilontarkan di hadapan hampir 5,000 hadirin dalam Majlis Rapat Rakyat semalam sebagai isyarat jelas bahawa Pakatan mahu terus membawa perubahan dan kesejahteraan untuk rakyat Selangor selain menawan Putrajaya.

Katanya, Pakatan mempunyai hala tuju yang jelas untuk membawa negara ke arah yang lebih mantap bersandarkan kepada Buku Jingga yang sudah terbukti keberkesanannya sejak dilancarkan.

“Sekarang tanggungjawab di Selangor bukan setakat mempertahankan, Selangor bertanggungjawab menambah kerusi negeri dan Parlimen,” katanya.

Jelas beliau, perjuangan Pakatan bukan hanya bersandarkan kepada slogan tetapi memperjelaskan kepada rakyat apa program yang ingin dilakukan apabila ke Putrajaya.

Pakatan turut komited untuk mengangkat semula martabat Bahasa Malaysia yang penguasaannya dilihat semakin hambar. Beliau mahu jadikan Bahasa Malaysia bahasa yang bukan untuk orang Melayu sahaja bahkan untuk seluruh rakyat Malaysia.

“Saya nak ulang dihadapan pemimpin Pas, PKR dan DAP kita ambil alih Putrajaya, kedudukan Bahasa Melayu akan diangkat dan dimartabatkan yang tidak pernah kita saksikan sejak kita Merdeka,” laung Anwar.

Selain itu katanya, tatakelola yang baik oleh pimpinan negeri dan gerak kerja tersusun tanpa korupsi adalah kunci kejayaan pentadbiran Selangor.

Beliau turut mengingatkan semua pihak agar bekerja keras sebagai satu pasukan bagi memastikan kemenangan pada Pilihanraya akan datang.

“(Perdana Menteri) Datuk Najib (Razak) kata kita akan rampas Selangor, (Timbalan Perdana Menteri) Tan Sri Muhyiddin (Yassin) kata kita akan tawan Selangor. Saya nak jawab kamu (Umno) boleh impikan untuk menawan Selangor, kami Insya-Allah akan sampai ke Putrajaya,” katanya.

Mengapa saya berarak tempoh hari

Selasa, 29 November 2011 tempoh hari, saya bersama-sama dengan lebih kurang 1,000 peguam dan orang awam berarak ke Parlimen. Perarakan tersebut dikenali sebagai Walk For Freedom untuk membantah Rang Undang-undang Perhimpunan Awam 2011 yang telah dibentangkan di Dewan Rakyat (PA2011).

Perarakan itu bermula dari pintu masuk Kelab Taman Perdana Diraja dan berakhir di Parlimen. Perarakan itu dipelopori Majlis Peguam dan diketuai Presiden Badan Peguam, saudara Lim Chee Wee. Ketika di Parlimen, Majlis Peguam menyerahkan memorandum dan rang undang-undang alternatif yang dirangka oleh Majlis Peguam kepada Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk V K Liew.

Kausa kami adalah PA2011. Pada kami, PA2011 penuh dengan cacat dan cela. Ia tidak dirangka dengan teliti dan ada begitu banyak percanggahan dan kekhilafan. Ia juga mempunyai peruntukan yang lebih regresif berbanding undang-undang sedia ada.

Antara kelemahan PA2011 adalah berkenaan dengan ‘protes jalanan’ yang tidak dibenarkan sama sekali. Definisi ‘protes jalanan’ begitu luas sehinggakan apa-apa jenis perhimpunan bergerak atau perarakan boleh diklasifikasikan sebagai ‘protes jalanan’.

Di samping itu, terdapat juga larangan yang tidak masuk akal. Contohnya, PA2011 memperuntukkan beberapa tempat larangan berhimpun, antaranya, sekolah dan tempat ibadat. Seseorang itu melakukan kesalahan sekiranya dia menganjurkan atau menyertai perhimpunan di tempat larangan.

Oleh itu, mengikut PA2011, adalah menjadi satu kesalahan jika seseorang itu berhimpun di sekolah. Bagaimana pula dengan acara seperti hari kantin? Di bawah PA2011 kenduri di pekarangan masjid juga dilarang.

PA2011 juga memberikan polis kuasa yang luas untuk mengenakan sekatan dan syarat ke atas mana-mana perhimpunan yang dikenakan. Dikhuatiri, sekiranya sekatan dan syarat ini tidak diperincikan, ia boleh disalahgunakan oleh pihak berkuasa.

Atas sebab-sebab ini, dan sebab-sebab lain, Majlis Peguam menentang PA2011. Ini bukan tentang politik, bukan tentang barisan atau pakatan apa-apa. Ini tentang sebuah rang-rang undang yang begitu cacat dan dipantaskan kelulusannya.

Harapan kami mudah sebenarnya. Jika tidak mahu menarik balik PA2011, sekurang-kurangnya rujuk kepada Jawatankuasa Terpilih Parlimen. Biar jawatankuasa ini perhalusi dan periksa peruntukan-peruntukan rang undang-undang ini satu persatu dan berunding dengan masyarakat awam. Mengapa perlu bergegas? Kita semua inginkan undang-undang yang dapat menjamin hak berhimpun, dan memberi makna kepada ucapan Perdana Menteri di ambang Hari Malaysia.

Ramai yang bertanya, mengapa peguam perlu berarak? Bukankah ia menyusahkan orang ramai? Tidak ada cara lain untuk menunjukkan bantahan? Mengapa Majlis Peguam perlu ‘berpolitik’?

Majlis Peguam telah cuba berunding. Tetapi menemui jalan buntu. Perarakan itu adalah jalan terakhir yang simbolik supaya kami dapat dipertimbangkan. Lebih-lebih lagi apabila dilaporkan bahawa PA2011 akan diluluskan oleh Parlimen pada hari yang sama.

Badan peguam dan Majlis Peguam tidak berminat dengan politik. Kami bukan anti-kerajaan mahupun pro-pembangkang seperti sering dituduh. Kami pro-keadilan (justice) dan mendukung Perlembagaan. PA2011 adalah bertentangan dengan prinsip-prinsip ini. Atas dasar inilah saya berarak pada hari itu.

Malangnya, walaupun dengan perarakan tersebut Dewan Rakyat telah meluluskan PA2011 tanpa undi bantahan. Ahli Parlimen pembangkang telah bermain politik dengan keluar Dewan.

Maka pada hari itu, kesemua ahli Dewan Rakyat pada saya telah mengecewakan rakyat. Selepas peguam dan rakyat berarak, rang undang-undang tersebut tetap diluluskan oleh ahli Dewan Rakyat.

*Penulis, peguam muda yang mengamal undang-undang sebagai rakan kongsi di sebuah firma guaman di Kuala Lumpur.

Shahrizat kini beban buat Umno – Saifuddin Nasution

KUALA LUMPUR 6 Disember: Pimpinan-pimpinan Umno semakin hari semakin merasakan beban kes National Feedlot Corporation (NFC) yang membabitkan keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil sebagai beban kepada parti itu.

Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution berkata ini kerana skandal projek lembu yang mendapat dana RM250 juta ini tidak dapat disembunyikan lagi ekoran pendedahan KEADILAN yang terus menerus.

“Gesaan untuk Shahrizat letak jawatan semakin kuat kerana isu ini tidak boleh diselamatkan lagi. Oleh itu Shahrizat perlu letak jawatan kerana tidak syak lagi shahrizat kini adalah beban Umno.”

“Integriti Shahrizat sebagai menteri juga turut terpalit dan beliau perlu segera meletakkan jawatan”

Hari ini Akhbar Berita Harian melaporkan Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad membuat kenyataan bahawa pemimpin parti terutamanya Umno perlu melepaskan jawatan jika tindakan itu mendatangkan faedah kepada parti.

Mahathir berkata demikian ketika mengulas desakan pemimpin Umno dan Pakatan Rakyat yang meminta agar Ketua Wanita Umno itu melepaskan jawatannya sebagai menteri ekoran isu Skandal NFC tersebut.

“Terpulanglah kepada dia(Shahrizat), kalau dia patut undur dia undur. Kita minta mereka yang berpendapat dengan pengunduran itu mendatangkan faedah pada parti,mereka harus undur,” kata Mahathir dipetik dari Sinar Harian.

Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin pula berkata sudah tiba masanya Menteri Pembangunan Wanita dan Masyarakat itu berundur ekoran pelbagai desakan bukan saja dari Pakatan Rakyat malah dari Umno sendiri.

“Sebenarnya ramai pemimpin tertinggi Umno melihat Shahrizat sebagai liabiliti kerana skandal NFC.Apa tunggu lagi? Kalau betul-betul Shahrizat sebagai menteri yang bermaruah, dia perlu segera letak jawatan dan akan menjadi model kepada pimpinan umno lain yang sebenarnya terlibat dalam korupsi yang lebih besar.”

Sebelum ini Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin pernah mendesak Shahrizat supaya berundur dari jawatannya.
Akhbar Sinar Harian juga pernah memetik Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabsee yang membuat kenyataan bahawa Shahrizat tidak perlu menunggu lampu hijau untuk berundur ataupun didesak Perdana Menteri untuk berbuat demikian.

Skandal NFC mencetuskan konterversi kepada negara apabila KEADILAN mendedahkan banyak penyalahgunaan wang dana RM250 terhadap projek lembu tersebut.

NFC merupakan syarikat menternak lembu kebangsaan yang dimiliki Shahrizat yang didakwa mengalami kerugian dalam operasinya namun pada masa sama NFC didedahkan membeli dua buah kondominum mewah di Bangsar, membiayai percutian keluarga Shahrizat ke luar negara, dan pakej umrah.

Terbaru, NFC didedahkan membeli kereta Mercedes berharga RM534,622 serta dua bidang tanah berharga RM3,363,507 di Putrajaya.

Blog Archive