KAJANG, 5 Disember – Kerajaan Selangor akan menyalurkan bantuan kepada sekolah dan rumah kebajikan yang mengalami kerosakan akibat bencana banjir di Kajang bagi meringankan beban pihak berkenaan.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul khalid Ibrahim berkata, bantuan yang diberikan mulai minggu hadapan akan mengutamakan pihak bukan perniagaan. Ini kerana premis perniagaan kebiasaannya dilindungi insurans.
Antara bentuk bantuan yang akan diberikan termasuklah pemberian buku-buku baru dan menggantikan prasarana yang telah ditenggelami air.
Beliau yang hadir bagi melihat kerja-kerja pembersihan yang dilakukan oleh petugas Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) turut meminta Yang di Pertua MPKj, Datuk Hasan Nawawi Abd Rahman untuk memantau rumah kebajikan yang perlu dibantu.
Setakat ini kos kerugian daripada bencana tersebut dianggarkan tidak melebihi RM5 juta.
Ujar Abdul Khalid, satu pelan jangka panjang perlu dilakukan seperti mendalam dan melebarkan kawasan sungai bagi mengelakaan bencana seperti ini.
“Saya diberikan taklimat, lebar sungai sepatutnya 12m tapi sekarang hanya 8m. Masalah ini melibatkan gerai-gerai dan kita terpaksa meminta kerjasama daripada pemilik-pemilik gerai untuk kita perbetulkan semula supaya kita dapat semula rizab tanah kembali kepada 12m.
“Kita juga kena mendirikan dinding setinggi 1.5m. Kalau perkara itu dapat kita selesaikan, dengan hujan yang kita alami sekarang, Kajang boleh dielakkan daripada menghadapi banjir,” katanya.
Jelas beliau, perkara ini selari dengan usaha menyelesaikan masalah air kumbahan di dalam kawasan Kajang dibawah pelan Pembangunan Greater Kuala Lumpur dan Lembah Klang yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan.
Dibawah pelan ini, paip-paip besar yang bernilai RM500 juta akan dibina untuk mengalirkan air ke laut. Ini dilihat boleh menyelesaikan masalah banjir.
Mengulas lanjut, penaikan taraf sistem saliran pada tahun 2012 sudah diluluskan dengan jumlah RM3.5 juta.
Sementara itu, peniaga ditemui berkata, bencana banjir yang dihadapi ini mengakibatkan mereka mengalami kerugian yang besar.
Pemilik premis Fully Shop, Alvin Ling, 28 menceritakan ketika kejadian beliau tidak berada di kedai dan hanya dimaklumkan oleh pekerja beliau mengenai perkara ini.
Beliau yang baru dua tahun berniaga di kawasan ini mengalami kerugian sekurang-kurangnya RM50,000.
“Saya melihat kejadian ini dari CCTV. Selepas tiga minit air mula masuk ke kawasan kedai. Seorang pak cik memberitahu saya sepanjang 35 tahun tinggal di sini, sudah 10 hingga 12 kali kejadian banjir berlaku dan kali ini yang paling teruk,” katanya.
Dalam pada itu, pekerja premis Happy Home Store, Siti Hasmira Mohd Shariff, 21, berkata, kejadian ini berlaku dengan pantas tanpa disedari memandangkan hujan yang turun tidak begitu lebat.
“Masa kejadian dalam 2.30 petang. Kami semua tak perasan sebab masing-masing sibuk bekerja dan stok barang baru sampai. Habis semua barang rosak termasuk stok yang baru sampai,” katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Archive
-
▼
2011
(33)
-
▼
December
(30)
- Tok Guru Nik Aziz Mengulas Isu Ustaz Nasa Dan Hasa...
- Ujub
- Sultan Abdul Halim lafaz sumpah Agong ke-14
- 6 aktivis SMM ditahan di Speakers Corner UiTM
- Ulasan Terkini TG Nik Aziz Berkaitan Isu Samakan B...
- Apabila Sistem Kehakiman Rapuh: Di Mana Keadilannya?
- Live! Wacana Perdana: PRU13 PR Atau BN?
- Live! Wacana Perdana Dari Balai Islam Lundang 1
- Shahrizat Dan NFC Tiada Kaitan?
- Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011: Transfor...
- Angkat Kain Biar Sampai Telanjang
- Sharizat Lembu Menyinsing Lengan Baju?
- Kenapa Rakyat Perlu Bantah Undang-Undang Perhimpun...
- Najib beri bayangan PRU 13 akan diadakan tidak lam...
- Akta Himpunan Aman langkah ke belakang dalam demok...
- Perhimpunan Agung UMNO 2011 Dan Harapan- Dr Asri
- Selak Lagi Kain Shahrizat. Biar Rakyat Tahu Busuk ...
- Mengapa UMNO takut kepada DAP? – Oleh Fairuz Azhan
- Persidangan Umno tiada agenda rakyat, hanya hentam...
- Indeks Rasuah, BN Ibarat Burung Unta Benam Kepala
- Jangan mudah percaya berita di internet - Rosmah
- Demi nepostisme, Umno khianati Melayu – Khalid Jaafar
- Seleweng RM250 Juta Jumlah Kecil Bagi Umno
- Umno Hendak Meniru Pas
- Penasihat Agama MB T'Ganu Hina Islam? Ustaz Azhar ...
- Bung Mokhtar Tibai Blogger Umno
- Banjir Di Kajang : Selangor Bantu Sekolah & Rumah ...
- Pakatan Rakyat Selangor Harus Menambah Kerusi Dala...
- Mengapa saya berarak tempoh hari
- Shahrizat kini beban buat Umno – Saifuddin Nasution
-
▼
December
(30)
No comments:
Post a Comment